Singapura menyediakan langkah berjaga-jaga tambahan untuk mengurangkan risiko penyebaran wabak radang paru-paru disebabkan jangkitan novel koronavirus ke republik itu, susulan pengesahan pihak berkuasa China ia boleh tersebar daripada manusia ke manusia.
Di laman webnya hari ini, Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) berkata, ia mencatat peningkatan dalam bilangan kes dan penularan wabak itu di China.
Jumlah kematian akibat wabak koronavirus baharu itu dilaporkan meningkat kepada enam di pusat bandar Wuhan, China pada 20 Januari.
Menurut MOH, sehingga kini, hanya kes-kes yang menunjukkan simptom seperti demam dan radang paru-paru serta mempunyai sejarah perjalanan ke Wuhan dalam tempoh 14 hari sebelum bermulanya wabak itu akan diasingkan.
Bermula 22 Januari, MOH berkata ia akan memperluaskan definisi kes suspek untuk memasukkan individu yang menunjukkan simptom radang paru-paru dan sejarah perjalanan ke China dalam tempoh 14 hari sebelum bermulanya wabak atau mereka yang mengalami jangkitan pernafasan akut yang pernah ke mana-mana hospital di China, dalam masa 14 hari sebelum bermulanya gejala itu.
"Kes-kes ini akan diasingkan di hospital sebagai langkah berjaga-jaga untuk mencegah ia daripada tersebar," menurut kenyataan itu pada Isnin.
MOH berkata imbasan haba di Lapangan Terbang Changi juga akan diperluaskan kepada semua penumpang yang menaiki pesawat dari China dan suspek kes yang didapati memenuhi definisi itu akan dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Setakat ini tiada wabak koronavirus baharu dikesan di Singapura.
Bagaimanapun, berdasarkan jumlah perjalanan antarabangsa yang tinggi ke Singapura, MOH menjangkakan lebih banyak kes suspek dan kemungkinan kes import.
"Sebaik sahaja kes disahkan, pengesanan hubungan akan dimulakan, kami akan melaksanakan kawalan ketat, kuarantin dan kawalan jangkitan serta langkah pencegahan penularan wabak itu," menurut MOH.
Bernama
Tue Jan 21 2020
Singapura menyediakan langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko penyebaran wabak radang paru-paru disebabkan jangkitan koronavirus. -Gambar hiasan/Reuters
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Industri hiburan penghubung antara Malaysia dan China - Shila Amzah
Shila Amzah percaya bahawa industri hiburan mempunyai pengaruh yang besar dan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan diplomatik Malaysia-China.
TPM mahu lebih ramai anak muda Sabah diberi pendidikan TVET
Beliau ditawarkan oleh China untuk menghantar 2,000 pelajar Malaysia bagi mengikuti program TVET dengan biasiswa penuh ke negara itu.
Perang dicetuskan blok Barat untuk terus kekal berkuasa - Penganalisis
Kemunculan kuasa-kuasa besar baharu seperti China yang mempunyai kekuatan ekonomi sangat tidak dijangka oleh Barat.
Harga minyak diunjur naik akibat konflik Iran-Israel
Harga minyak mentah Brent diunjur melonjak sehingga AS$95 setong berbanding sekitar AS$90 setong ketika ini berdasarkan jangkaan senario terburuk daripada konflik Iran-Israel.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
MPOC jangka MSM didagangkan pada harga RM4,000-RM4,200 satu tan pada April
MPOC berkata, dinamik pasaran minyak sawit pada Mac dipengaruhi oleh beberapa faktor, termasuk peningkatan dalam pengeluaran minyak sawit.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.