WABAK penipuan kian menjadi-jadi di Itali melibatkan pelbagai pihak yang muncul mengambil kesempatan dari kegusaran akibat penularan wabak selesema COVID-19.
Ada kumpulan perompak yang bergerak dengan menyamar sebagai kakitangan kesihatan atau anggota bulan sabit merah sambil mengambil peluang menyamun.
Sudah timbul beberapa kes perompak berpakaian seperti anggota perubatan mengetuk pintu dan menceroboh masuk rumah mangsa. Mereka berjaya menceroboh setelah mendakwa dihantar pihak berkuasa melakukan pemeriksaan dan pembasmian kuman.
Apabila berjaya masuk, mangsa diugut, diikat dan rumah digeledah sebelum penyamun lari dengan hasil rompakan.
Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan termasuk topeng dan bahan pembunuh kuman.
Kebanyakan kes penipuan dan penganiyaan berlaku di utara negara itu di Wilayah Lombardy di mana terletaknya Milan, kota yang menjadi nadi ekonomi Itali.
Itali kini menjadi tumpuan dunia kerana mencatatkan jumlah penularan COVID-19 yang meningkat dalam kadar mendadak. Terkini, pada Selasa minggu terakhir Februari, terdapat 322 kes penularan COVID-19 di Itali, catatan paling tinggi di Eropah.
Penularan wabak menyebabkan warga Itali Lombardy berpusu-pusu merebut, mencari dan membeli topeng mulut dan muka dan juga bahan pencuci sehingga kehabisan bekalan.
Ini memberi peluang kepada peniaga yang menaikkan harga hingga ke tahap yang melambung terlalu tinggi di pasaraya dan farmasi.
Terdapat peniaga yang mengambil kesempatan mengenakan harga mahal untuk meraih keuntungan besar.
Pada Selasa, timbul kes seorang penjual menawarkan satu liter bahan pembunuh kuman (disinfectant) pada harga 300 euro (RM1,377).
Dalam duka, ada pihak yang pandai mengubat lara. Laman sosial menjadi padang permainan pelbagai troll, meme dan jenaka.
“Sanggup tukar lima liter Amuchina dengan sebiji Audi RS 5” – itu satu catatan yang tular di laman sosial.
Bagi yang perlu pencerahan, Amuchina ialah sejenis gel kalis bakteria pembunuh kuman; dan kereta jenama Audi RS 5 sememangnya mahal harganya.
Jika itu kurang mencuit hati, cuba yang ini; Seorang tokan dadah, apabila menyapa seorang pelanggan sama ada mahu membeli kanabis atau kokain terima jawapan – gel Amuchina!
Harga sebotol 80ml Amuchina naik mendadak sehingga 650 peratus dari 3 euro ke tahap 22.50 euro.
Topeng mulut dan muka dahulunya berharga 10 cent tetapi sekarang dijual pada harga 1.8 euro (1 euro = 100 cents = RM4.60).
Kemudian timbul pula pengamal perubatan yang mendakwa mampu merawat COVID-19 mengguna ramuan pelik tetapi tetap menerima sambutan mereka yang mungkin lemah semangat dan mudah percaya kepada hasutan.
Kepada mereka, pihak berkuasa Itali hanya mampu menasihatkan agar jangan mudah terpedaya.
Razak Chik
Wed Feb 26 2020
Penularan wabak menyebabkan warga Itali Lombardy berpusu-pusu merebut, mencari dan membeli topeng mulut dan muka dan juga bahan pencuci sehingga kehabisan bekalan. - Foto AP
Niaga AWANI: Data & Statistik: Cukai salah satu daripada lima kebimbangan utama rakyat Malaysia
Ia meningkat dengan ketara sejak Mac 2023. Penduduk global mempunyai
kebimbangan yang sama, tetapi rakyat Malaysia tidak begitu bimbang tentang jenayah dan kekerasan berbanding purata global.
#NiagaAWANI
kebimbangan yang sama, tetapi rakyat Malaysia tidak begitu bimbang tentang jenayah dan kekerasan berbanding purata global.
#NiagaAWANI
Banjir di Melaka: Lebih 300 petugas JKM siap siaga
Petugas JKM akan ditempatkan di pusat pemindahan sementara bagi membantu mangsa banjir khususnya memastikan aspek kebajikan dan keselesaan mereka.
Juventus kaji semula keputusan diarah bayar Ronaldo RM50 juta
Mahkamah timbang tara arah Juventus bayar gaji tertunggak 9.8 juta euro kepada Ronaldo.
Freedom Flotilla ke Gaza: Aktivis Malaysia berlepas ke Istanbul
Kesemua 19 anggota rombongan itu terdiri daripada doktor, aktivis kemanusiaan dan pengamal media.
AWANI Ringkas: Aktivis Malaysia sertai Misi Flotila ke Gaza hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kami sedia membantu - Penyokong Kedah
Dia berpandangan bahawa ada cara yang lebih baik untuk menangani masalah itu dengan menegaskan penyokong sedia membantu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [18 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Geegee Ahmad;
Temuramah bersama Edwin Laimin, Ketua Pemuda PBRS sempena mengenan Joseph Kurup dalam kenangan
Analisis Pasca Mesyuarat Peruntukan MP Pembangkang bersama Dr Mohammad Tawfik Yaakub, Penganalisis Politik UM
Temuramah bersama Edwin Laimin, Ketua Pemuda PBRS sempena mengenan Joseph Kurup dalam kenangan
Analisis Pasca Mesyuarat Peruntukan MP Pembangkang bersama Dr Mohammad Tawfik Yaakub, Penganalisis Politik UM
AWANI Pagi: Pasca mesyuarat peruntukan MP pembangkang
Analisis Pasca Mesyuarat Peruntukan MP Pembangkang bersama Dr Mohammad Tawfik Yaakub, Penganalisis Politik UM.
Empangan bawah tanah: Kedah akan hantar pasukan teknikal ke Jepun
Cadangan membina empangan bernilai lebih RM300 juta itu telah diluluskan di peringkat Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.
ACCA: Profesional kewangan optimis namun berhati-hati dengan prospek ekonomi Malaysia
Bagaimanapun, kebimbangan terhadap kos operasi dan faktor luaran memerlukan pendekatan berhemat oleh organisasi kewangan dan perniagaan.
Wabak korona tersebar merata, virus penipuan Itali bertambah lara
Dalam berdepan dengan virus korona, penipu, perompak dan lanun muncul di Itali dengan menangguk di air keruh.