awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kotak hitam pesawat tentera Libya terhempas ditemukan
Penduduk bukan warganegara di Malaysia dianggarkan 3.38 juta pada 2025 - DOSM
Transaksi pegawai kanan ATM: Saksi berkemungkinan dipanggil esok - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waktu berbuka puasa di Burj Khalifa berbeza ikut tingkat

Agensi
Agensi
10/05/2019
04:16 MYT
Waktu berbuka puasa di Burj Khalifa berbeza ikut tingkat
Pekeliling menetapkan tempoh berpuasa penduduk yang tinggal antara tingkat 60 dan aras 120 adalah empat minit lebih lama berbanding kawasan lain di Dubai. - Foto REUTERS
Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Amal di Emiriah Arab Bersatu (UAE) meminta semua penduduk di Burj Khalifa setinggi 163 tingkat dan bangunan pencakar langit lain untuk mengambil perhatian terhadap perbezaan waktu berbuka puasa yang bergantung kepada tingkat kediaman mereka.
Sejak beberapa tahun lalu, penduduk yang tinggal di bangunan pencakar langit di Dubai perlu menunggu enam minit lebih lama untuk berbuka berbanding mereka yang menetap di kawasan lain.
Jabatan tersebut mengeluarkan pekeliling menetapkan tempoh berpuasa penduduk yang tinggal antara tingkat 60 dan aras 120 adalah empat minit lebih lama berbanding kawasan lain di Dubai.
"Mereka yang tinggal di tingkat 121 dan ke atas pula perlu berpuasa enam minit lebih lama manakala waktu solat subuh adalah tiga minit lebih awal," jelas jabatan itu lagi.
Perbezaan masa berdasarkan ketinggian itu turut menyebabkan penduduk di Burj Khalifa menunaikan solat subuh dua minit lebih awal berbanding kawasan lain di Dubai.
Menurut ahli astrofizik terkenal, Neil deGrasse Tyson menerusi thenational.ae yang dikeluarkan kelmarin, waktu berbuka puasa unik di Burj Khalifa adalah kerana matahari terbenam agak lambat di tingkat paling atas menara yang menjadi kebanggaan di Dubai itu. - Agensi
Topic Berkaitan
#buka puasa
#Burj Khalifa
#Dubai
#Islam
#puasa
#Ramadan
#UAE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan