Bintang 'Walk of Fame' Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di Hollywood rosak teruk gara-gara tindakan vandalisme.

Susulan itu, polis telah menahan seorang suspek lelaki bagi membantu siasatan.

Kejadian dilaporkan berlaku jam 3.30 pagi rabu.

Kerosakan dipercayai akibat hentakan menggunakan tukul besi yang turut ditemui di lokasi kejadian.

Pelancong kelihatan mengerumuni dan mengambil gambar bintang 'Walk of Fame' itu pada Rabu, malah ada yang bertindak mengambil beberapa kepingan batu yang telah hancur sebagai kenangan.

Trump menerima bintang berkenaan pada 2007 atas program realiti 'The Apprentice'.

Ini kali kedua ia dirosakkan selepas insiden pertama sebelum pilihan raya Amerika Syarikat pada November 2016.

Sehingga kini, belum ada sebarang kenyataan dari pihak Trump berhubung insiden tersebut.