Selepas diberi kebenaran untuk memandu kereta, wanita Arab Saudi kini boleh menunggang motosikal dan memandu trak selepas kerajaan negara itu menamatkan larangan memandu terhadap golongan itu.

Undang-undang baharu itu akan berkuatkuasa pada Jun 2018.

September lalu, Raja Salman AbdulAziz Al-Saud mengeluarkan perintah membenarkan wanita negara itu memandu kereta juga bermula Jun 2018.

Nenurut Lembaga Pengarah Trafik Umum Arab Saudi, undang-undang baharu itu digubal bagi memberi ‘kesaksamaan’ terhadap golongan lelaki dan wanita.

Bagaimanapun tidak ada sebarang nombor pendaftaran khas diwujudkan bagi membezakan kedua-dua pemandu berkenaan.

Bagaimanapun, pemandu wanita yang terbabit kemalangan jalan raya atau salah laku akan dikendalikan oleh pusat khas yang ditubuhkan dan diselia oleh wanita.

Arab Saudi adalah satu-satunya negara di dunia yang mengenakan larangan kepada wanita untuk memandu.