awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TLDM akan mengoperasi dua jenis misil antipermukaan Mac ini
HRD Corp gantung tugas 3 pengurusan tertinggi susulan isu tadbir urus
Trump tolak cadangan Putin lanjutkan had penempatan senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita berjaya selamatkan diri selepas cengkam buah zakar pencabul

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
02/04/2016
13:10 MYT
Wanita berjaya selamatkan diri selepas cengkam buah zakar pencabul
Tindakan 'berani' wanita itu telah menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa cabul. - Gambar hiasan
Seorang wanita berusia 21 tahun berjaya menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa cabul dengan menyerang pencabulnya pada anggota badan paling strategik - kemaluannya.
Menurut The Independent, lelaki berusia 31 tahun, Kum Keng Fa mengekori wanita berkenaan dalam perjalanan pulang ke apartmen sehingga ke dalam lif.
Dia kemudiannya memperkenalkan diri sebagai Ken dan berbual dengan wanita tersebut, kononnya dia juga tinggal di blok yang sama.
Secara tiba-tiba, setelah yakin hanya mereka berdua sahaja di dalam lif itu, Keng Fa terus meraba payudara wanita berkenaan. Mereka juga bergelut dan kedua-duanya jatuh ke lantai.
Walaupun cuba dihimpit Keng Fa, wanita tersebut sempat mencengkam buah zakar penyerangnya. Lelaki itu yang tidak tahan menanggung kesakitan terus melarikan diri.
Lebih malang, telefon bimbit lelaki tersebut tertinggal di dalam lif yang akhirnya digunakan oleh pihak polis sebagai bukti untuk menahannya.
Lelaki tersebut berjaya ditangkap pihak polis dan telah dijatuhkan hukuman penjara 27 bulan dan tiga kali sebatan atas kesalahan mencabul.
Topic Berkaitan
#cabul
#gangguan seksual
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan