Seorang wanita Jepun mendakwa telah didera oleh datuknya 10 tahun lalu sehingga berat badannya turun mencecah 16.8kg.
Dalam beberapa siri tweetnya, wanita yang menggunakan nama "Wild Cabbage" itu mendedahkan bagaimana penderaan itu berlaku.
Menurut wanita itu, dia pernah ditendang di bahagian perut oleh datuknya setelah ditangkap kerana makan dan dipaksa memuntahkan semula makanan itu.
Dakwanya lagi, ketika diselamatkan, dia diberitahu oleh pakar perubatan yang keadaannya amat kritikal dan hampir menemui ajal.
Dia turut mendedahkan gambar yang didakwanya ketika berada di hospital dan menunjukkan tanda-tanda lebam di dada dan leher.
Wanita itu berkata dia kini berusia lewat 20an dengan berat badan yang ideal dan sudah pulih sepenuhnya daripada trauma kejadian.
Setakat ini, wanita itu juga tidak menyatakan sama ada sebarang tindakan telah diambil terhadap datuknya atau mana-mana ahli keluarga yang lain berhubung kejadian tersebut.
Para netizen, walau bagaimanapun, mempersoalkan dakwaan wanita itu dan menuduhnya menggunakan gambar palsu.
Ketiadaan bukti daripada pihak berkuasa serta dokumen sahih berhubung kejadian membuatkan pengguna media sosial kurang yakin akan kebenaran dakwaan wanita tersebut.
Dania Zainuddin
Sun Feb 11 2018
Seorang wanita Jepun mendakwa telah didera oleh datuknya 10 tahun lalu sehingga berat badannya turun mencecah 16.8kg. -Facebook/@DailyMail
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Wanita dakwa didera datuk sendiri hingga berat tinggal 16.8kg
Wanita itu juga mengambil peluang untuk memberi nasihat kepada mereka yang berdepan masalah pemakanan untuk mendapatkan khidmat doktor secepat mungkin.