awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita ditahan membuat penstriman langsung aksi rogol menerusi Periscope

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
15/04/2016
14:09 MYT
Wanita ditahan membuat penstriman langsung aksi rogol menerusi Periscope
Seorang wanita dari Ohio, Amerika Syarikat didakwa merakam aksi jenayah rogol seorang gadis remaja melalui aplikasi penstriman video, Periscope.
SEORANG wanita dari Ohio, Amerika Syarikat didakwa merakam aksi jenayah rogol seorang gadis remaja melalui aplikasi penstriman video, Periscope.
Memetik laporan CNN, Marina Alekseevna Lonina, 18, dituduh menggunakan aplikasi penstriman video itu manakala seorang kenalan, Raymond Boyd Gates, 29, didakwa melakukan jenayah rogol di sebuah rumah di Columbus pada 27 Februari lalu.
Marina Lonina juga dituduh mengambil gambar mangsa yang berusia 17 tahun itu dalam keadaan bogel pada malam insiden.
Kesalahan itu telah dibawa ke perhatian pihak berkuasa oleh netizen yang menonton siaran tersebut.
Kedua-dua suspek telah didakwa pada Rabu lalu di atas pelbagai tuduhan, termasuk penculikan, rogol dan gangguan seksual, kata pendakwa raya.
Bukan kali pertama
Bagaimanapun, jurucakap bagi pihak Twitter dan Periscope enggan mengulas lanjut mengenai kes itu.
Begitupun, kes itu bukan kali pertama melibatkan aplikasi berkenaan dengan salah laku.
Menurut BBC, awal bulan ini, polis di London telah menyiasat pihak bertanggungjawab selepas pergaduhan antara dua kumpulan ‘gangster’ diatur melalui aplikasi itu.
Dalam satu kejadian lain pula melibatkan seorang wanita yang menyiarkan secara langsung aksi dia memandu pulang dalam keadaan mabuk.
Selain itu, seorang pembunuh pernah menyiarkan rakaman dari penjara Amerika Syarikat untuk beberapa hari sebelum pegawai polis merampas telefonnya.
@cthagod #DonkeyOfTheDay I'm from Columbus, OH too but damn ...I'm so ashamed for that girl. Who streams a live rape on Periscope?! Gross
— Kimmy S Dot (@KimmySou) April 14, 2016
Sometimes it seems like we're living in the terrifying technological dystopia of the future: https://t.co/OEteI7hEwE
— The Rude Pundit (@rudepundit) April 14, 2016
Topic Berkaitan
#penstriman
#Periscope
#rogol
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan