Seorang wanita mampu tersenyum selepas ditembak oleh individu tidak dikenali ketika rakannya membuat siaran langsung di Facebooknya di hadapan rumahnya di Chattanooga, Tennessee di sini.

Menerusi laporan The Sun, rakaman berdurasi 37 saat itu memaparkan mangsa menghampiri sebuah kereta dan sempat bercakap dengan seorang lelaki di dalam kenderaan tersebut sebelum kedengaran bunyi tembakan dan wanita itu rebah di atas jalan raya.

Panik melihat insiden itu, rakannya berlari menyelamatkan diri sebelum datang semula menghampiri mangsa.

Namun apa mengejutkan, mangsa dalam keadaan terbaring itu hanya tersenyum dan berkata, 'inilah kehidupan tidak mengapa' sambil menunjukkan simbol 'peace'.

Mangsa dipercayai ditembak di bahagian belakang dan kelihatan darah mengalir di atas jalan raya.

Video dimuat naik di Twitter @ricchgorl sehingga kini tular di laman sosial dan mencecah 4.4 juta tontonan dari netizen selain ratusan komen.

"Tiga tembakan tidak dapat menjatuhkan saya. Saya terimanya dengan tersenyum," gurau Kae.

Namun ada netizen mempertikaikan tindakan mereka itu berkemungkinan sekadar berlakon semata.

Johanthan berkata, "Dia ditembak dan terbaring, tapi masih tersenyum dan tidak kelihatan bahagian mana tercedera kena tembakan. Boleh jadi ia sekadar 'berlakon' kerana pada pendapat saya, saya tidak nampak bukti dia ditembak," katanya.