awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mayat lelaki separa reput ditemukan di Bera
Pearly-Thinaah mara ke pusingan kedua Masters Indonesia
Jambatan Jalan Tun Abdul Razak dibuka sementara sempena Thaipusam - Datuk Bandar Ipoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita hidap barah rawat penyakit sendiri, malangnya...

Agensi
Agensi
21/09/2019
05:01 MYT
Wanita hidap barah rawat penyakit sendiri, malangnya...
Kesihatan fizikal yang semakin merosot turut menyebabkan dia terpaksa berhenti kerja sebagai pengasuh. - Foto Agensi
Disebabkan tidak mampu membayar kos rawatan bagi mengubati barah payudara yang dideritai, seorang ibu empat anak membuat keputusan untuk hanya merawat penyakitnya itu menggunakan minuman herba dan ubat tradisional.
Tetapi malangnya keadaan Christina Ombao, 39, dari Filipina bertambah buruk apabila tumor tersebut telah memakan semua tisu payudara sehingga menyebabkan bengkak sebesar saiz kepalanya.
Meskipun didiagnosis barah tahap empat pada tahun 2016, namun Ombao memilih untuk memberi keutamaan kepada anak-anak berbanding kesihatannya.
“Kami tidak mempunyai wang yang cukup untuk membiayai rawatan penyakit saya. Saya mempunyai anak berusia dua tahun ketika itu.
“Masa saya banyak dihabiskan dengan menjaga mereka. Kami tiada wang untuk ke hospital. Ya saya tahu saya dalam kesakitan. Sakit ini menyebabkan saya berasa tidak selesa dan susah tidur,” jelasnya.
Kesihatan fizikal yang semakin merosot turut menyebabkan dia terpaksa berhenti kerja sebagai pengasuh.
Kini suami Ombao, Alberto Cabilin yang bekerja dalam bidang industri pembinaan terpaksa menjaga empat anak mereka berusia antara enam hingga 11 tahun.
Mengulas mengenai penyakitnya, Ombao percaya ia bermula selepas mengalami kemalangan ketika bekerja.
“Dulu saya pernah menjadi pengasuh. Pernah satu ketika payudara saya terhantuk ketika bermain bersama kanak-kanak yang dijaga. Saya yakin itulah puncanya,” katanya.
Awal bulan lalu, rakan dan keluarga Ombao sepakat mengumpul wang bagi membiayai rawatan wanita itu di hospital di Sagay City, yang terletak beberapa jam dari rumahnya.
Buat masa ini, Ombao dan keluarganya masih menunggu hasil keputusan hospital. - Agensi
Topic Berkaitan
#barah
#Christina Ombao
#Filipina
#kesihatan
#miskin
#rawat barah sendiri
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan