Seorang wanita telah dijadikan tebusan di sebuah farmasi yang terletak di stesen kereta api utama di Cologne, Jerman.

Portal berita antarabangsa melaporkan seorang lelaki bertindak nekad menjadikan seorang wanita sebagai tebusan dengan membawanya ke sebuah farmasi yang terletak berdekatan dengan stesen berkenaan.

Pihak berkuasa tempatan telah mengarahkan orang ramai mengosongkan bangunan yang merupakan stesen kereta api utama menghubungkan Jerman dan Eropah Barat.

Pihak polis juga turut menggesa warga tempatan untuk mengelak dari menggunakan perkhidmatan kereta api untuk mengelakkan kesulitan.

Seorang wartawan tempatan, Dana Regev yang berada di lokasi insiden melaporkan stesen itu telah ditutup dan dikawal rapi oleh pihak polis.