Berita  | Dunia

Wanita maut ditembak di Narathiwat

Wanita maut ditembak di Narathiwat
Pembonceng yang berhijab melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa. - Gambar hiasan
NARATHIWAT: Seorang wanita yang sedang membuat persiapan untuk menjual juadah berbuka puasa maut ditembak seorang individu di depan gerainya di Kampung Ringae, Chanet hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 2.10 petang (waktu tempatan), Suhaila Tokha, 34, seorang pekerja di Pejabat Pemulihan Daerah Chanet meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut saksi di tempat kejadian, mangsa didatangi dua individu yang menaiki motosikal dan menyamar sebagai pembeli.
"Pembonceng yang berhijab melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa," kata saksi yang enggan namanya disiarkan.

Penolong Ketua Polis Siasatan Jenayah Daerah Chanet, Kapt PolThirasak Kreadam berkata mangsa ditembak di bahagian dada dan bahu.

"Polis menemui tiga kelongsong peluru di tempat kejadian," katanya.

-- BERNAMA