awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
Presiden Filipina Marcos kata kesihatan semakin baik, doktor berikan penilaian positif
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita NZ berhijab hari ini, sokongan kepada mangsa Christchurch

Shafizan Johari
Shafizan Johari
22/03/2019
00:49 MYT
Wanita NZ berhijab hari ini, sokongan kepada mangsa Christchurch
Seorang anggota polis wanita bertudung dan bersenjata mengawal pintu masuk ke tanah perkuburan di Christchurch, New Zealand. REUTERS
SEMUA wanita di New Zealand, termasuk anggota polis wanita, mengenakan tudung atau hijab hari ini sebagai tanda sokongan kepada wanita Muslim di negara berkenaan, seminggu selepas serangan pengganas di dua masjid di Christchurch.
Kempen berkenaan digerakkan menerusi hashtag #headscarfforharmony, mula diwar-warkan sejak awal minggu lalu, inisiatif seorang doktor di sebuah hospital di New Zealand, Thaya Ashman.
Beliau dikenali sebagai sukarelawan perubatan yang pernah menyertai misi di Afghanistan.
Sebelum ini, sebagai satu tanda sokongan kepada umat Islam, sebuah gerakan persendirian, ‘Scarves in Solidarity’ telah memulakan kempen memakai tudung untuk hari ini bagi kaum wanita di New Zealand.
Kempen itu dijalankan demi memberi penghormatan kepada masyarakat Muslim serta keluarga mangsa dalam tragedi tembakan pengganas di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood pada 15 Mac lalu.
Sementara itu, Presiden Persatuan Muslim NZ Ikhlaq Kashkari menyatakan, langkah solidariti itu sangat menyentuh jiwa mereka.
Menurut wakil Astro AWANI di Christchurch, Sumisha Naidu, kempen bertudung ini membantu wanita-wanita Muslim di New Zealand untuk berhijab dan menampilkan identiti mereka sebagai orang Islam di khalayak ramai tanpa perlu berasa takut. Sebelum ini pemimpin-pemimpin wanita New Zealand termasuk Perdana Menteri Jacinda Ardern tidak kekok mengenakan tudung ketika melawat keluarga mangsa yang terkorban dan cedera pada serangan di Christchurch minggu lalu. Langkah itu mendapat pujian dari komuniti seluruh dunia yang menyatakan beliau sebagai lambang pemimpin yang tegas, cekap dan berempati.
Topic Berkaitan
#Christchurch
#Haziq
#haziq new zealand
#headscarfforharmony
#hijab
#Hospital
#kempen
#masjid
#Mohd Haziq Mohd Tarmizi
#Muslim
#New Zealand
#new zealand mosque attack
#newzealandberkabung
#pengganas
#presiden
#serangan pengganas
#Tragedi Solat Jumaat
#tudung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan