awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita saman Starbucks AS$5 juta, dakwa separuh cawan hanya berisi ais

Agensi
Agensi
01/05/2016
10:12 MYT
Wanita saman Starbucks AS$5 juta, dakwa separuh cawan hanya berisi ais
Syarikat Starbucks menyifatkan tuntutan saman oleh Pincus 'tidak masuk akal'. - Gambar fail
Seorang wanita menjadi tumpuan di Amerika Syarikat (AS) kerana memfailkan saman berjumlah AS$5 juta (RM19.5 juta) terhadap syarikat jenama minuman berasaskan kopi, Starbucks, kerana mendakwa setiap cawan minuman itu mengandungi terlalu banyak ais.
Portal berita Telegraph melaporkan, Stacy Pincus mendakwa pelanggan telah ‘diperbodohkan’ selama ini kerana minuman sejuk itu hanya mengandungi separuh air yang nilainya dibayar, manakala selebihnya hanyalah ketulan ais.
Starbucks mempunyai rangkaian 24,0000 cawangan di 70 negara di seluruh dunia dan lebih daripada 11,000 cawangan di AS.
Aduan yang dijilid setebal 29 muka surat itu difailkan di Mahkamah Persekutuan Northern Illinois di Chicago minggu lalu.
“Pelanggan Starbucks yang memesan minuman sejuk saiz Venti hanya menerima 14 aun (410ml) minuman tersebut – kira-kira separuh daripada isipadu yang diiklankan dan yang dikenakan bayaran,” jelas aduan itu.
Pincus memberi contoh: “Bagi kopi ais, pelanggan yang memesan dan membayar bagi saiz Venti, menjangkakan menerima 24 aun (710ml) kopi berdasarkan iklan dan pemasaran Starbucks. Sebaliknya mereka hanya mendapat 14 aun.
Aduan itu juga menambah, Starbucks hanya memaparkan saiz cawan di menunya, dan bukannya jumlah isipadu yang sepatutnya diterima dalam pembelian. Dengan itu, menurut Pincus, seumpama menipu pelanggan.
Peguam Steven Hart yang mewakili Pincus, memberitahu bahawa nilai akhir tuntutan saman itu jika ia berjaya, mungkin lebih tinggi daripada AS$5 juta.
Starbucks menolak tuntutan saman tersebut yang disifatkan sebagai ‘pelik’ dan ‘tidak masuk akal’.
“Pelanggan kami memahami bahawa ais adalah komponen penting dalam pembuatan mana-mana minuman sejuk,” ujar jurucakapnya.
Starbucks juga berkata, mereka lebih dari gembira untuk membuat semula minuman pelanggan yang tidak berpuas hati.
Topic Berkaitan
#Chicago
#kandungan ais
#saman
#saman Starbucks
#Stacy Pincus
#Starbucks
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan