Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

Wanita sempat gesek biola ketika tengkorak kepala ditebuk!

Wanita sempat gesek biola ketika tengkorak kepala ditebuk!
Seorang pesakit di sebuah hospital mencipta kejutan apabila menggesek biola semasa menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada otak
LONDON: Seorang pesakit di sebuah hospital di Britain mencipta kejutan apabila menggesek biola semasa sekumpulan doktor sedang berusaha mengeluarkan ketumbuhan di dalam otaknya, lapor Reuters.

Dagmar Turner, 53 tahun, berbuat demikian agar doktor pakar yang melakukan pembedahan mampu memerhatikan keupayaannya bermain muzik selain dan keghairahannya selama 40 tahun untuk instrumen berkenaan.
Bekas perunding pengurusan dari Isle of Wight itu memainkan biola semasa pembedahan mengeluarkan ketumbuhan pada bahagian kanan lobus frontal otaknya, yang hampir kepada bahagian untuk mengawal pergerakan tangan kirinya.

Dalam pada itu, bagi mengelakkan Turner hilang upaya bermain biola, Perunding Pakar Neuro di Hospital King’s College, Profesor Keyoumars Ashkan, membuat perancangan dengan membuat lakaran membuka tengkorak kepalanya sebelum membenarkan Turner menggesek alat muzik itu semasa dibedah.
“Ketika doktor membedah bahagian otaknya, Turner memainkan muzik Gustav Mahler, klasik jazz nyanyian George Gershwin iaitu Summertime selain alunan muzik oleh penyanyi Sepanyol, Julio Iglesias.


 
“Ini merupakan kali pertama pesakit saya bermain instrumen semasa dibedah,” kata Ashkan.

Pembedahan berkenaan menyaksikan kejayaan mengeluarkan lebih 90 peratus ketumbuhan termasuk bahagian yang disyaki berlakunya pergerakan ketumbuhan aktif.

Sementara itu, Turner mengucapkan ribuan terima kasih kepada doktor yang menjalankan pembedahan ke atasnya.

“Biola memang minat saya. Saya bermain instrumen ini sejak berusia 10 tahun. Bayangan saya akan hilang upaya memainkan alat muzik ini amat menyedihkan,” jelasnya.


Tag: Hospital, Britain, Violin, pembedahan, ketumbuhan, tumor, Hospital King s College, pesakit, George Gershwin, Summertime



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.