Tutup

Berita  | Dunia

Warga emas campak syiling dalam enjin pesawat ditahan

Warga emas campak syiling dalam enjin pesawat ditahan
Penerbangan sebuah pesawat Tianjin Airlines tergendala akibat perbuatan warga emas mencampakkan duit syiling ke dalam enjin pesawat. - Gambar hiasan/REUTERS
HOT-HOT, Mongolia: Seorang wanita warga emas ditahan gara-gara mencampakkan duit syiling ke dalam enjin sebuah pesawat bertujuan untuk berdoa agar penerbangannya berjalan lancar.

Kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Hohhot Baita semalam, disedari penumpang lain yang ternampak perbuatan warga emas terbabit dan melaporkannya kepada kru penerbangan.
Wanita berusia 66 tahun, hanya dikenali sebagai Yang itu kemudian mengaku kepada pihak berkuasa dia mencampakkan enam keping syiling ke dalam enjin pesawat dan berdoa agar penerbangannya selamat.

Ekoran insiden terbabit, Yang diarah turun dari pesawat dan berkemungkinan berdepan hukuman lanjut daripada pihak syarikat penerbangan. Dalam pada itu, penerbangan ke bandar Chifeng yang tertangguh selama dua jam akhirnya berlepas menggunakan pesawat lain. - Agensi


Tag: warga emas, pesawat, penerbangan, wanita



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.