Skip to main content

Dunia

Warga Malaysia ditemui mati di hotel Vietnam - Wisma Putra

71461931170_HoChiMinh.jpg
Seorang lelaki warga Malaysia ditemui mati dalam bilik sebuah hotel di bandar raya Ho Chi Minh, Vietnam pada Khamis.

Dalam satu kenyataan, Wisma Putra menjelaskan, kematian Mohd Azhar Abdull Wahab, 33, dimaklumkan oleh Jabatan Hubungan Luar, Ho Chi Minh kepada Konsulat Jeneral Malaysia di Vietnam.

"Punca kematian masih disiasat oleh pihak polis Ho Chi Minh.

"Sebaik dimaklumkan, Konsulat Jeneral menghubungi keluarga Allahyarham dan menyampaikan berita berkenaan," jelas kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu lagi, Pegawai Konsulat Jeneral juga sedang berhubung dengan keluarga Allahyarham untuk memberi bantuan dan sokongan.

"Kementerian Luar menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham," jelas kenyataan itu.

Advertisement

Must Watch Video