Tutup

Berita  | Dunia

Warga Rusia dipercayai pengintip di WEF disoal siasat polis Switzerland

Warga Rusia dipercayai pengintip di WEF disoal siasat polis Switzerland
Anggota polis memantau keadaan di Davos semasa Forum Ekonomi Dunia 2020. Foto: Reuters
PIHAK berkuasa Switzerland mendakwa berjaya menggagalkan operasi pengintipan yang dipercayai dilakukan Rusia pada Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davos.

Memetik laporan Reuters, akhbar Tages-Anzeiger melaporkan dua orang pengintip Rusia yang menyamar sebagai tukang paip disiasat oleh anggota polis Swiss di sebuah resort pada Ogos tahun lalu.

Pihak polis memaklumkan, kedua-dua lelaki warga Rusia itu mempunyai pasport diplomatik dan melalui rutin pemeriksaan identiti di Davos pada Ogos 2019.

Bagaimanapun, siasatan tidak dapat mengaitkan lawatan mereka dengan persidangan yang membincangkan perihal ekonomi dunia bersama orang ternama yang menyertai WEF.
Pada masa sama, selepas siasatan dijalankan, kedua-dua lelaki tersebut tidak bertugas sebagai tukang paip.

Namun, siasatan lanjut mendapati tiada sebab munasabah bagi pihak polis untuk menahan mereka dan kedua-dua lelaki itu dibebaskan.
Memetik jurucakap duta Rusia di Bern, kedua-dua lelaki yang memiliki pasport diplomatik itu sudah disiasat dan mereka dibenarkan pulang.

Untuk rekod, pasport diplomatik hanya diberikan kepada pegawai tertinggi dan bukan kepada pekerja buruh.


Tag: Switzerland, Swiss, Forum Ekonomi Dunia, WEF, Rusia



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.