awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WHO akan bermesyuarat tentukan status terkini penularan koronavirus

Agensi
Agensi
29/01/2020
17:05 MYT
WHO akan bermesyuarat tentukan status terkini penularan koronavirus
Ghebreyesus berkata, kebanyakan mereka yang dijangkiti virus itu menunjukkan simptom yang sederhana, namun satu daripada lima mengalami sakit yang lebih teruk. - Reuters
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu berkata, pihaknya akan berbincang dengan pakar-pakar pada Khamis untuk menentukan sama ada penularan novel koronavirus sudah sampai ke tahap kecemasan kesihatan global.
Tedros Adhanom Ghebreyesus, yang melawat China minggu ini dan bertemu dengan Presiden Xi Jinping, berkata mesyuarat bersama Jawatankuasa Kecemasan Peraturan Kesihatan Antarabangsa itu sangat perlu diadakan susulan trend jangkitan virus di luar negara China.
“Saya membuat keputusan untuk bermesyuarat bersama Jawatankuasa Kecemasan Peraturan Kesihatan Antarabangsa berkaitan koronavirus baharu (2019-nCoV) esok (Khamis),” ujar Tedros menerusi akaun Twitternya.
I have decided to reconvene the International Health Regulations Emergency Committee on the new #coronavirus (2019-nCoV) tomorrow to advise me on whether the current outbreak constitutes a public health emergency of international concern. pic.twitter.com/993YBQ6hol
— Tedros Adhanom Ghebreyesus (@DrTedros) January 29, 2020
Ghebreyesus berkata, kebanyakan mereka yang dijangkiti virus itu menunjukkan ‘simptom yang sederhana’, namun satu daripada lima mengalami sakit yang lebih teruk, termasuk pneumonia dan kegagalan respiratori.
Sejak dikenal pasti pada 31 Disember lalu di bandar Wuhan, China, virus itu telah meragut nyawa 132 orang dan merebak ke 19 buah negara lain.
Jerman dan Jepun telah mengenal pasti kes jangkitan koronavirus antara manusia ke manusia di negara masing-masing.
Jawatankuasa Kecemsan WHO telah bermesyuarat dua hari lalu namun tidak mengisytihar ia kecemasan kesihatan antarabangsa berikutan tidak mempunyai maklumat yang mencukupi.
Topic Berkaitan
#China
#jawatankuasa antarabangsa
#kecemasan kesihatan antarabangsa
#koronavirus
#mesyuarat
#Tedros Adhanom Ghebreyesus
#WHO
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan