awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WHO ingin terus bekerjasama dengan Amerika Syarikat

Agensi
Agensi
02/06/2020
12:54 MYT
WHO ingin terus bekerjasama dengan Amerika Syarikat
Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata sumbangan dan kemurahan hati kerajaan AS dan rakyat terhadap kesihatan global selama beberapa dekad sangat besar, dan ini telah membawa perbezaan yang besar dalam kesihatan awam di seluruh dunia. - Gambar fail
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ingin terus bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) meskipun Presiden Donald Trump memutuskan hubungan dengan badan kesihatan dunia itu.
Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, memaklumkan, hubungan kerjasama antara AS dan organisasi itu membawa perbezaan besar selama beberapa dekad.
Justeru, WHO berharap kolaborasi dengan Negara Uncle Sam itu dapat diteruskan.
Jumaat lalu, Trump memutuskan hubungan dengan WHO, dan mendakwa organisasi itu gagal memerangi penyebaran awal COVID-19.
Buat kali pertama, Trump menangguhkan pembiayaan kepada agensi itu sebulan lalu, selain menuduh WHO salah urus wabak COVID-19 di peringkat global.
Beliau turut menuduh organisasi yang berpusat di Geneva itu sebagai boneka China.
Dalam sidang medianya, Tedros memaklumkan, WHO menerima pertanyaan mengenai pengumuman pada Jumaat oleh Presiden Amerika Syarikat.
Katanya, dunia telah lama mendapat keuntungan daripada hubungan kerjasama yang kuat dengan kerajaan dan rakyat AS.
"Sumbangan dan kemurahan hati kerajaan AS dan rakyat terhadap kesihatan global selama beberapa dekad sangat besar, dan ini telah membawa perbezaan yang besar dalam kesihatan awam di seluruh dunia.
"Adalah harapan WHO supaya kolaborasi ini berterusan," katanya.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#AS
#COVID-19
#dana who
#Geneva
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#presidendonald trump
#Tedros Adhanom Ghebreyesus
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan