awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WHO keluar garis panduan 'mass gathering', aktiviti luar

Astro Awani
Astro Awani
31/05/2020
05:20 MYT
WHO keluar garis panduan 'mass gathering', aktiviti luar
Garis panduan itu mengesyorkan majis keramaian tidak diadakan di kawasan tertutup sebaliknya, dilakukan di kawasan terbuka. - Gambar REUTERS
Setelah hampir empat bulan semua perhimpunan ramai (mass gathering) termasuk majlis perkahwinan tidak dibenarkan ekoran penularan COVID-19, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) baru-baru ini mengeluarkan satu garis panduan untuk digunakan orang ramai yang masih mahu mengadakan perhimpunan jika dizinkan pihak penguat kuasa.
CNN melaporkan, antara lain garis panduan itu mengesyorkan majis keramaian itu tidak diadakan di kawasan tertutup sebaliknya dilakukan di kawasan terbuka dan mengehadkan tetamu yang benar-benar diyakini sihat sahaja.
Garis panduan itu menjelaskan, meskipun penganjuran aktiviti keramaian akan mengundang bahaya jangkitan itu, namun jika dilihat pada sudut lain majlis secara besar-besaran akan memberi faedah dengan menyediakan peluang pekerjaan dan juga meningkatkan kesihatan mental seseorang.
"Meskipun perhimpunan ramai memberi implikasi kepada politik, budaya, sosial dan ekonomi negara, namun pihak penguat kuasa perlu menilai kepentingan sesuatu majlis keramaian dengan mempertimbangkan pilihan yang mungkin wujud dengan memberi bimbingan kesihatan dan menyediakan prosedur operasi standard (SOP)," kata WHO mengenai garis panduan itu.
Ekoran itu, WHO meminta pasukan kesihatan dan pihak penganjur untuk meneliti risiko dengan mengambil pendekatan normal baharu sebelum sesuatu majlis itu diadakan termasuk menyenaraikan langkah-langkah yang boleh diambil dalam semua keadaan seperti berikut:
1. Kedatangan tetamu yang tidak diundang secara mengejut.
2. Meningkatkan kekerapan pengangkutan.
3. Tempat duduk.
4. Kapasiti tempat yang boleh disesuaian dengan saiz tetamu.
5. Melihat sama ada majlis itu boleh diadakan secara maya atau di kawasan terbuka.
6. Melantik beberapa 'penyelia' untuk memantau pergerakan tetamu bagi memastikan pematuhan SOP termasuk penjarakan sosial, etika semasa batuk dan mengamalkan kebersihan dengan kerap mencuci tangan.
WHO turut menasihatkan individu berisiko tinggi seperti mereka yang berusia lebih 65 tahun atau mempunyai masalah kesihatan supaya tidak menghadiri majlis tersebut atau penganjur perlu membuat pengaturan khas kepada mereka.
Pada masa yang sama, selain mengehadkan waktu penganjuran masjlis, WHO juga mencadangkan penganjur supaya sentiasa bersiap sedia dengan menyediakan tempat pengasingan khas kepada tetamu yang kurang sihat.
Topic Berkaitan
#CMCO
#COVID-19
#garis panduan
#kahwin
#majlis keramaian
#mass gathering
#Pertubuhan Kesihatan Dunia
#PKP
#PKPB
#SOP
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan