awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib didapati bersalah empat kes rasuah dana 1MDB
Kes 1MDB: Najib didapati bersalah pertuduhan salah guna kedudukan
Ramalan awal banjir: Beberapa jajahan di Kelantan dijangka terkesan mulai hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WHO sahkan China ada laporkan kes pertama novel koronavirus

Agensi
Agensi
04/07/2020
16:12 MYT
WHO sahkan China ada laporkan kes pertama novel koronavirus
Laporan tersebut diterima pada 31 Disember dan pada hari sama, laporan tersebut dirujuk kepada pasukan epidemik kami. Gambar REUTERS
PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan China melaporkan maklumat relevan berkenaan novel koronavirus selepas mengenal pasti kes berkaitan radang paru-paru (pneumonia) di Wuhan.
Menurut Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan WHO, Michael Ryan, pihak berkuasa kesihatan China dengan segera menghubungi pejabat WHO di China dan mengesahkan maklumat berkenaan kepada mereka.
Jelasnya, laporan tersebut diterima pada 31 Disember dan pada hari sama, laporan tersebut dirujuk kepada pasukan epidemik WHO.
"Sejurus selepas menerima laporan tersebut, pejabat kami berhubung dengan pihak berkuasa kesihatan China dan Suruhanjaya Kesihatan Negara itu untuk mengesahkan perkara itu.
"Pada masa sama, pihak berkuasa China terus berhubung dengan kami selepas menerima laporan berkenaan," jelasnya.
Selepas menerima laporan tersebut, Ryan menjelaskan WHO perlu meneruskan kajian terperinci bagi mengenal pasti dengan lebih mendalam berkenaan virus tersebut.
Sehingga kini, pihak WHO masih bekerja rapat dengan pihak berkuasa kesihatan China.
Topic Berkaitan
#China
#COVID-19
#Michael Ryan
#novel koronavirus
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#pneumonia
#radang paru-paru
#WHO
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan