awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WHO teliti laporan, semak semula saranan berhubung COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
06/07/2020
22:11 MYT
WHO teliti laporan, semak semula saranan berhubung COVID-19
WHO kini meneliti laporan susulan gesaan supaya ia menyemak semula saranan berhubung jangkitan COVID-19. -Gambar fail
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini meneliti laporan susulan gesaan supaya ia menyemak semula saranan berhubung jangkitan COVID-19.
Ia ekoran tindakan sekumpulan lebih 200 saintis yang mendakwa koronavirus SARS-CoV-2 boleh tersebar menerusi partikel kecil dalam udara.
WHO sebelum ini memaklumkan koronavirus merebak dari individu ke individu lain menerusi titisan cecair badan dari hidung atau mulut.
Virus itu disebar apabila individu yang mempunyai virus berkenaan batuk, bersin atau bercakap.
Namun fakta itu disanggah 239 saintis dalam surat terbuka kepada agensi itu baru-baru ini.
BACA: Kumpulan saintis dakwa temui bukti COVID-19 boleh tersebar melalui udara
Kumpulan saintis itu turut mendesak agar WHO mengemas kini garis panduan berhubung COVID-19.
WHO memaklumkan akan meneliti panduan berkenaan dengan pakar teknikal dan sebarang perubahan dalam penilaian risiko penyebaran COVID-19 akan mengubah nasihat pertubuhan itu berhubung amalan penjarakan sosial satu meter.
Kerajaan yang bergantung kepada polisi berkenaan juga mungkin perlu mengubah pendekatan kesihatan awam bagi menghentikan penyebaran virus tersebut.
Baru-baru ini, 239 saintis dari 32 negara menunjukkan penemuan virus tersebut boleh tersebar melalui udara dan mendesak agar WHO menyemak semula kenyataannya sebelum ini.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kerajaan
#kesihatan
#koronavirus
#penjarakan sosial
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#virus
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan