Wilayah Victoria mencatatkan penurunan kes pada Isnin iaitu sebanyak 177 kes berbanding 273 dan 288 kes pada Ahad dan Jumaat lalu.

Ketua Pegawai Kesihatan Victoria Brett Sutton bagaimanapun berkata, penularan wabak itu mungkin akan bertambah buruk tidak dibendung.

Katanya, masih terlalu awal untuk meramal kes jangkitan beransur pulih.

"Jumlah ini adalah lebih rendah berbanding jangkaan awal, tetapi ia mungkin bukan jumlah puncak. Oleh itu, saya ingin melihat penurunan kes jangkitan mingguan sebelum berasa selesa dengan sasaran awal kita," katanya di sini pada Isnin.

Melbourne merupakan bandar kedua padat di Australia dan sebahagian kawasan sekitar termasuk di Victoria kembali dikenakan perintah berkurung sejak minggu lepas dalam usaha membendung penularan wabak itu.

Sementara itu, New South Wales mencatatkan jangkitan kes COVID-19 dalam kalangan komuniti melebihi jangkitan kes luar negra.

New South Wales, negeri terpadat di negara itu, melaporkan 14 kes barhau dan lapan daripadanya dikaitkan dengan sebuah kelab malam di Sydney.

Empat kes adalah pelancong yang dijangkiti di luar negara dan dikesan semasa proses kuarantin di hotel.

Australia mencatatkan sekitar 10,000 kes COVID-19 dengan 108 kematian.