Wilayah Victoria di Australia merekodkan 428 kes baharu COVID-19 ketika pihak berkuasa meningkatkan ujian bagi memantau penularan dari Melbourne.

Kebanyakan kes baharu dan tiga kematian yang dilaporkan pada Jumaat membabitkan bandar kedua terbesar Australia, Melbourne.

Bandar Melbourne dan kawasan pedalaman Mitchell Shire telah dikenakan perintah berkurung sejak minggu lalu.

Menurut Ketua Menteri Victoria, Daniel Andrews hanya lima kes baharu yang dikesan membabitkan kawasan yang tidak dikenakan perintah berkurung.

Beliau turut menyeru pemakaian pelitup muka disarankan untuk penduduk di wilayah ini sebagai langkah pencegahan.