awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perlis isytihar esok cuti peristiwa
e-Invois fasa 4, STSDS fasa bermula esok, pemangkin reformasi percukaian digital negara
PM Albanese puji semangat rakyat Australia susulan serangan di Bondi Beach
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yuriko Koike menang Pilihan Raya Gabenor Tokyo untuk penggal kedua

Astro Awani
Astro Awani
05/07/2020
22:00 MYT
Yuriko Koike menang Pilihan Raya Gabenor Tokyo untuk penggal kedua
Koike dianggap antara calon paling berpotensi menggantikan Perdana Menteri, Abe Shinzo selepas penggalnya berakhir pada September 2021. - AP NEWSROOM
Pengurusan cemerlang ketika krisis COVID-19 membolehkan Gabenor Tokyo, Yuriko Koike menang untuk penggal kedua.
Koike berikrar untuk melaksanakan segala langkah untuk melindungi Tokyo daripada virus berkenaan.
Menurut stesen media rasmi Jepun, NHK, Koike memperoleh 74 peratus undi dengan 63 peratus daripadanya setuju dengan pengendalian Koike ketika krisis.
“Saya rasa berterima kasih di atas sokongan daripada penduduk Tokyo, pada masa sama saya akan menggalas tanggungjawab penting untuk penggal kedua ini,” katanya.
Koike, 67, merupakan wanita pertama menjadi Gabenor Tokyo.
Beliau dianggap antara calon paling berpotensi menggantikan perdana menteri Abe Shinzo selepas penggalnya berakhir pada September 2021.
Sejumlah 22 calon bertanding dalam Pilihan Raya Gabenor Tokyo.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Gabenor Tokyo
#Jepun
#Media
#Perdana Menteri
#pilihan raya
#Tokyo
#wanita
#Yuriko Koike
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan