awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zakir Naik diarah hadir ke mahkamah

Sinar Harian
Sinar Harian
19/06/2019
13:25 MYT
Zakir Naik diarah hadir ke mahkamah
Dr Zakir Naik hadir di mahkamah pada 31 Julai depan atau berdepan risiko dikenakan waran tangkap. -Foto Sinar Harian
Mahkamah di India hari ini mengarahkan pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik hadir di mahkamah pada 31 Julai depan atau berdepan risiko dikenakan waran tangkap.
Mahkamah Pencegahan Pengubahan Wang Haram (PMLA) dalam satu kenyataan berkata, mahkamah akan mengeluarkan waran tangkap tanpa jaminan terhadap pendakwah itu jika gagal hadir di mahkamah.
Terdahulu, Mahkamah PMLA mengeluarkan waran tangkap tanpa jaminan terhadap Dr Zakir Naik membabitkan agensi pemeriksaan kewangan kerajaan India (ED).
ED sebelum ini mendakwa Dr Zakir Naik terlibat dalam pengubahan wang haram di India bernilai INR193 crore (RM115 juta).
Isnin lalu, Kerajaan Malaysia mengumumkan akan mengadakan perbincangan terperinci di dalam Kabinet berhubung proses menghantar pulang pendakwah itu sekiranya menerima permohonan secara rasmi daripada Kerajaan India.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berkata langkah-langkah sewajarnya akan diambil berhubung proses mengekstradisi pendakwah itu kerana ia membabitkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan India.
Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata Malaysia tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak supaya Dr Zakir Naik dihantar pulang ke India.
Dr Mahathir menegaskan Malaysia mempunyai hak sama ada mahu menghantar pulang atau tidak pendakwah terkenal itu ke negara asalnya selepas New Delhi dilihat begitu terdesak untuk menahan Dr Zakir Naik atas tuduhan pengubahan wang haram di India.
Topic Berkaitan
#haram
#India
#kerajaan
#Mahathir Mohamad
#mahkamah
#New Delhi
#Perdana Menteri
#Zakir Naik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan