awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran pusat beli-belah Pakistan: Angka kematian meningkat 14, puluhan masih hilang
Bomba guna helikopter hantar makanan ke pos Orang Asli terputus hubungan di Gua Musang
'Luluh hati, suami dan dua anak tinggalkan saya selamanya'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1,400 tiket konsert Ruffedge habis terjual dalam dua jam, Cat Farish hampir menangis

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
04/05/2018
07:35 MYT
1,400 tiket konsert Ruffedge habis terjual dalam dua jam, Cat Farish hampir menangis
Cat Farish (paling kiri) bersama anggota Ruffedge yang lain menjanjikan persembahan terbaik pada konsert itu nanti.
Penangan comeback kumpulan Ruffedge nampaknya bukan biasa-biasa apabila kira-kira 1,400 keping tiket early bird (belian awal) untuk konsert mereka yang bakal berlangsung Ogos depan, habis terjual dalam masa dua jam.
Daripada jumlah itu, 140 keping tiket yang diperuntukkan untuk program temu mesra ('Meet and Greet) habis terjual dalam tiga minit!
Jualan tiket untuk konsert itu mula dibuka jam 10 pagi tadi (Jumaat).
Anggota kumpulan itu, Cat Farish, ketika dihubungi Astro AWANI hari ini, mengakui masih tidak percaya dengan sambutan luar biasa peminat terhadap konsert sulung mereka itu.
"Saya hampir menangis sewaktu diberitahu tentang berita itu. Kami memang tidak jangkakan sambutan sehebat ini.
"Semasa ambil keputusan untuk buat konsert, kami sudah buat macam-macam rancangan untuk promosi dan jual tiket. Perancangan kami sehingga ke tahap untuk turun jumpa peminat dan jual sendiri.
"Tapi bila dapat sambutan sebegini, kami sebak dan sangat terharu dengan sambutan peminat," katanya sambil memberitahu, Ruffedge akan mengehadkan kemunculan di khalayak ramai untuk memberi tumpuan kepada konsert itu.
"Dengan sambutan seperti ini, kami mahu memastikan kami memberi persembahan terbaik. Jadi kami mahu menggunakan masa selama tiga bulan ini untuk melakukan persiapan serapi mungkin," ujarnya.
Ditanya jika pihak penganjur mempunyai perancangan untuk menambah jumlah tiket, kata Cat, perkara itu akan dibincangkan dan peminat akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Cat juga memaklumkan, untuk mengubati rindu peminat sebelum konsert berlangsung, mereka merancang untuk menghasilkan video muzik untuk single terbaharu mereka, Seperti Mereka, yang akan dilancarkan selepas Aidilfitri nanti.
Konsert ‘Ruffedge: 20th Anniversary’ akan berlangsung 4 Ogos depan bertempat di KL Live, Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#belian awal
#early bird
#konsert
#kumpulan
#Ruffedge
#Seperti mereka
#Single
#tiket
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan