awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 penyanyi 'budak baru nak up' berentap di pentas Big Stage

Gempak
Gempak
24/07/2018
11:53 MYT
10 penyanyi 'budak baru nak up' berentap di pentas Big Stage
Seramai 10 bintang BBNU yang terdiri dari lima bintang lelaki dan lima bintang wanita bakal bersaing di pentas utama 'Big Stage'.
SEPULUH penyanyi baru bakal berentap dalam program realiti Big Stage yang bakal bersiaran di Astro Ria.
Program Big Stage merupakan sebuah pertandingan nyanyian terbaru berkonsepkan realiti yang menampilkan angkatan bakat muda yang kini popular dengan jolokan Budak Baru Nak Up (BBNU) dalam kalangan penggiat industri hiburan tempatan.
Seramai 10 bintang BBNU yang terdiri dari lima bintang lelaki dan lima bintang wanita bakal bersaing di pentas utama 'Big Stage' yang akan berlangsung selama lapan minggu untuk musim pertama.
Peserta lelaki terdiri daripada Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Ariff Bahran, Syafiq Farhain dan Tajul manakala peserta perempuan ialah Baby Shima, Fara Hezel, Sarah Suhairi, Sissy Iman dan Wani Kayrie.
Dua ikon tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir telah dilantik sebagai juri tetap rancangan ini.
Sementara itu, seorang juri jemputan juga akan diundang khas secara bergilir pada setiap minggu untuk menyertai juri tetap untuk mengadili persembahan.
Alif Satar dan Sherry Alhadad bakal menggalas tugas sebagai pengacara Big Stage manakala bakat baru, Eyra Hazali dan Harris Anuar menjadi pengacara Live Plus Big Stage.
Live Plus Big Stage akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Rancangan ini akan mula ditayangkan mulai 5 Ogos 2018, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria(104) dan Ria HD (123). - Teks: Asraf Aided
Topic Berkaitan
#Astro
#Astro Ria
#BBNU
#Big Stage
#Budak Baru Nak Up
#hiburan
#konsert
#Siti Nurhaliza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan