FILEM Polis Evo 2 terus melakarkan sejarah tersendiri apabila meraih kutipan RM17 juta selepas 11 hari tayangan.

Filem lakonan hebat Shaheizy Sam, Zizan Razak, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira dan ramai lagi ini telah mendapat maklum balas positif dikalangan penonton.

Rata-ratanya meluahkan rasa kagum melihat keberkesanan lakonan bintang-bintang Polis Evo 2.

[ #PolisEvo2 - KUTIPAN mencecah RM 17 JUTA DALAM 11 HARI TAYANGAN ] Alhamdulilah..HASIL SOKONGAN ANDA SEMUA, #PE2 telah meraih kutipan mencecah RM17 JUTA DALAM TEMPOH 11 HARI!!!!. Jom kita buktikan yang Filem tempatan juga mampu bersaing dengan filem antarabangsa…MALAYSIA BOLEH!!!! Terima Kasih Boh! Jom kita ke balai pawagam yang berdekatan semarakkan semangat #PE2 ✊✊✊ JAGA-JAGA BOH!