Tutup

16.3 juta pendengar mingguan di Astro Radio

16.3 juta pendengar mingguan di Astro Radio
Berdasarkan keputusan, sejumlah 16.3 juta atau 79% pendengar radio di Malaysia menggunakan 9 jenama Astro Radio setiap minggu.
KUALA LUMPUR: Astro Radio, rangkaian radio No. 1 di Malaysia merentasi pelbagai bahasa, meningkatkan jumlah pendengar mingguan kepada 16.3 juta menurut kajian terbaharu GfK Radio Audience Measurement Survey (RAM) di Semenanjung Malaysia. Berdasarkan keputusan, sejumlah 16.3 juta atau 79% pendengar radio di Malaysia menggunakan 9 jenama Astro Radio setiap minggu.

Jenama radio No. 1 Malaysia, ERA, meningkatkan jumlah pendengar mingguannya kepada 6.7 juta, dengan penambahan 215,000 pendengar bagi segmen Breakfast No.1 di negara ini yang kini menarik sejumlah 3.7 juta pendengar. ERA juga berjaya mencapai segmen Drive tertinggi dengan 3.5 juta pendengar. SINAR, sebagai jenama radio kedua tertinggi di Malaysia, meningkatkan pendengar segmen Breakfast kepada 2.7 juta, penambahan sebanyak 171,000 jumlah pendengar. GEGAR mengekalkan kedudukan utamanya di Pantai Timur dengan 2.1 juta pendengar mingguan. HITZ terus kekal sebagai jenama radio Bahasa Inggeris No. 1 di negara ini dengan 3 juta pendengar mingguan, peningkatan sebanyak 707,000 pendengar. Sementara itu, MIX dan LITE masing-masing mencapai kedudukan sebagai No. 2 dan No. 3 jenama radio Bahasa Inggeris dengan 1.3 juta pendengar mingguan masing-masing.
MY, memperkukuhkan kedudukan sebagai No. 1 di kalangan peminat berbahasa Cina dan mencapai peningkatan jumlah pendengarnya kepada 2.4 juta setiap minggu, sementara MELODY meningkatkan pendengarnya kepada 1.7 juta. RAAGA, jenama radio Tamil No. 1 Malaysia mengekalkan jangkauannya sebanyak 1.5 juta pendengar setiap minggu, dan juga menerima peningkatan pendengar untuk keduadua segmen Breakfast dan Drive. Astro Radio memberi tumpuan dalam menyampaikan satu pengalaman jenama yang lengkap, kepada 16.3 juta peminat kami dengan peningkatan capaian digital yang merangkumi jumlah pengikut media sosial sebanyak 19.5 juta, jangkauan mingguan (weekly reach) media sosial sebanyak 35.4 juta, purata bulanan tontonan video sebanyak 110 juta, 13.8 juta strim digital bulanan, dan 5.1 juta pelawat unik di laman web secara bulanan. Radio hari ini adalah interaktif dan sosial, dan telah melangkaui pengalaman audio yang tulen kepada pelbagai aspek dan menerusi pelbagai platform. Oleh itu, kandungan dihasil dan dibuat untuk memastikan ia selari dengan semua segmen penduduk di Malaysia.



*Sumber data: GfK Radio Audience Measurement (RAM), Wave 2 2019 | Google Analytics, October 2019 (Monthly Average) | Facebook Insights, Instagram, Twitter & Radioactive, October 2019 | CrowdTangle & YouTube, October 2019 (Monthly Average)




Tag: Astro Radio, radio, jumlah pendengar, kajian, Radio Audience Measurement, ERA, GEGAR, HITS



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.