awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

16 Baris: Tak sangka dibanjiri ribuan peminat, Joe Flizzow mohon maaf

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
14/04/2018
15:45 MYT
16 Baris: Tak sangka dibanjiri ribuan peminat, Joe Flizzow mohon maaf
Joe selaku penganjur berkata 16 Baris mungkin akan tampil dengan showcase kedua. - Foto Instagram @flizzow
Susulan berita showcase 16 Baris yang julung-julung kali dipersembahkan secara percuma di The Bee, Publika yang dikatakan tidak dapat menampung jumlah peminat yang hadir, Joe Flizzow selaku penganjur tampil menjelaskan situasi dan memohon maaf.
Menurut Joe, perkara yang terjadi berlaku di luar kawalan pihak pengurusan dan mereka tidak menjangkakan ribuan peminat akan hadir malam ini (Sabtu).
“Ini merupakan showcase pertama yang kami persembahkan dan kami tidak menjangka ribuan peminat yang hadir kerana kami telah mengumumkan bahawa first come, first served.
“Apa yang penting buat masa ini adalah keadaan dapat dikawal dan saya bersyukur tiada siapa yang tercedera.
“Selepas dengar apa yang berlaku di luar, perkara utama yang saya pastikan adalah tiada kaum wanita mahupun anak-anak kecil yang tercedera,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
We can even get in. #16baris pic.twitter.com/wZM1EJ1csm
— Faliq Fahmie (@faliqfahmie) April 14, 2018
Dalam pada itu, Joe turut menjelaskan mengapa The Bee menjadi platform untuk showcase pertama ini.
BACA: 16 Baris: Tempat persembahan tak mampu tampung limpahan peminat hip hop?
“Ini kerana kami tidak mempunyai dana yang mencukupi. Bajet kami adalah terhad dan persembahan ini tiada sponsorship. Jika ada dana yang banyak, kami (pihak pengurusan) akan pilih pentas yang lebih besar.
“Saya ingin memohon maaf atas kesulitan yang berlaku malam ini. Apa yang terjadi merupakan perkara di luar kawalan,” jelasnya.
Sesak kalau tak berbaris. Closest i get to watch #16baris . Oh well, youtube then...
A post shared by hizami zaini (@hizamizaini) on
Apr 14, 2018 at 5:53am PDT
Dengan sambutan yang menggalakkan ini, Joe selaku penganjur berkata 16 Baris mungkin akan tampil dengan showcase kedua.
“Jika kami mempunyai dana yang mencukupi, kami pasti akan merancang sesuatu yang lebih besar untuk showcase kedua,” katanya.
Topic Berkaitan
#16 Baris
#hip hop
#Joe Flizzow
#mohon maaf
#The Bee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan