SIAPA sangka bahawa adiwira boleh dianggap sebahagian daripada pelopor industri perfileman moden masa kini?

Filem-filem yang menampilkan watak superhero sentiasa memperoleh reaksi positif malah mendapat kutipan yang memberangsangkan.

Sejak kejayaan filem pertama Marvel Cinematic Universe iaitu "Iron Man" pada tahun 2008, syarikat penerbitan komik itu kian dikenali dunia dan tidak termaktub kepada pengeluaran bahan bacaan sahaja.

Ketahui 20 fakta mengenai Marvel dan dunia fiksyen rekaannya yang tidak diketahui umum:

Marvel Darth Vader
Dr Doom menjadi inspirasi utama dalam rekaan watak ikonik Star Wars iaitu Darth Vader. - Foto AFP


Stan Lee
Meskipun bekerja di bawah Marvel selama 60 tahun, tahukah anda bahawa Stan Lee pernah memfailkan saman terhadap syarikat itu? Beliau dikatakan kecewa apabila mendapat tahu sebahagian keuntungannya tidak diberi Marvel. - Foto AFP


Michael Jackson
Sekitar tahun 1990an, Michael Jackson pernah mencuba untuk membeli Marvel, kerana dia mahu melakonkan watak Spider-Man dalam filem terbitannya sendiri. - Foto AFP


X-Men
Amerika Syarikat mempunyai undang-undang mengenai pengimportan alat permainan yang menyerupai manusia. Kadar cukainya agak mahal. Marvel berjaya menyakinkan mahkamah bahawa permainan figura X-Men keluaran mereka adalah mutan dan tidak seharusnya dikenakan cukai. - Foto AFP


Dust Marvel
Tahukah anda bahawa salah seorang ahli mutan X-Men adalah beragama Islam? Dust atau nama sebenarnya Sooraya Qadir mempunyai kebolehan menukar fizikal badan menjadi pasir lalu mengawalnya. - Foto Marvel


The Punisher Marvel
Ada sebuah keluaran istimewa komik Punisher pada tahun 1995 berjudul ‘The Punisher Kills The Marvel Universe’. Dalam isu tersebut, the Punisher membunuh kesemua superhero dan villain dalam dunia Marvel termasuk dirinya sendiri. - Foto YouTube


Hulk Marvel
Semasa sesi produksi filem 'The Avengers', krew tidak dapat merakam bunyi ngauman Hulk yang bagus. Lantas mereka menggunakan rakaman lama Lou Ferrigno yang pernah melakonkan Hulk pada 1977. - Foto YouTube


Marvel & DC Amalgram
Marvel dan DC comics pernah berganding bahu dan mencipta sebuah komik Amalgam bersama pada tahun 1996. Maka wujudnya watak-watak seperti Darkclaw (Batman + Wolverine), Super Soldier (Superman + Captain America) dan Iron Lantern (Green Lantern + Iron Man). - Foto Comic Vine


Nick Fury Marvel
Apabila diperkenalkan buat kali kedua, karekter Nick Fury direka menyerupai pelakon Samuel L Jackson tanpa pengetahuannya. Apabila menyedari persamaan tersebut, Samuel menghubungi Marvel dan memastikan bahawa dia akan dapat melakonkan watak itu dalam adaptasi layar perak filem-filem Marvel. - Foto Walt Disney Malaysia


Venom Marvel
Tahukah anda, penjahat dalam komik Spider-Man iaitu Venom adalah idea asal oleh peminat yang dibeli Marvel dengan harga USD200 (RM761)? - Foto YouTube


Blue Ear Marvel
Pada tahun 2002, seorang budak lelaki berusia 4 tahun tidak mahu memakai alat bantuan pendengaran kerana adiwira tidak memakainya. Justeru, Marvel mencipta satu superhero yang perlu memakai alat tersebut dipanggil Blue Ear. - Foto Marvel


Deadpool Deathstroke
Deadpool (Wade Wilson) sebenarnya dicipta sebagai satu ejekan terhadap karekter DC iaitu Deathstroke (Slade Wilson). - Foto Comic Vine


Spider-Man Marvel
Organisasi Planned Parenthood pernah bekerjasama dengan Marvel dan mengeluarkan edisi komik Spider-Man yang sangat pelik. Isu yang diterbitkan pada 1970 itu berkisar mengenai usaha menghalang para remaja dari melakukan seks tanpa perlindungan. - Foto AFP


Mr Immortal Marvel
Mister Immortal adalah watak ciptaan Marvel yang tidak mempunyai kuasa istimewa kecuali 'immortality' (hidup kekal abadi). Mister Immortal pernah dibunuh dengan pelbagai cara seperti ditembak, dilemaskan, ditikam, mati lemas, dihancurkan, kebuluran, dehidrasi, meletup, diracun, dipancung, terdedah radiasi dan dibakar. - Foto Marvel


Damage Control
Dalam dunia rekaan Marvel, wujudnya sebuah syarikat yang dipanggil Damage Control. Organisasi itu mengkhusus membersihkan masalah dan keadaan kucar-kacir yang dibuat superhero dan para 'villain'. - Foto Marvel


Spider-Man Marvel Mary Jane
Spider-Man mengahwini Mary Jane Watson pada tahun 1987. Marvel membuat satu acara bagi tujuan publisiti yang menampilkan pelakon berpakaian seperti Spider-Man dan Mary Jane, berkahwin di Stadium Shea. - Foto YouTube


Eminem Marvel
Penyanyi 'rap' Eminem juga adalah satu karekter dalam dunia Marvel! - Foto Marvel


Tony Stark Iron Man Marvel
Iron Man diilham oleh Stan Lee sebagai satu cabaran untuk mencipta adiwira yang tidak akan disukai oleh para peminat. - Foto AFP


Puteri Diana
Marvel mengumumkan pada 2003 bahawa mereka bercadang untuk menerbitkan edisi khas komik berjudul ‘Di Another Day’. Koleksi yang dikhabarkan sebanyak 5 bahagian itu menampilkan Diana, Puteri Wales yang hidup semula sebagai mutan dan mempunyai kuasa luar biasa. - Foto AFP


Avengers
Jika anda tertanya mengapa Spider-Man tidak tersenarai dalam fasa pertama dan kedua filem The Avengers adalah kerana Marvel menjual hak perfileman kepada Sony. Spider-Man akan membuat kemunculan dalam filem Captain America: Civil War pada tahun 2016. - Foto Walt Disney Malaysia