Tutup

20 tahun 'I Want It That Way': Lagu tak masuk akal yang berstatus lagenda

20 tahun 'I Want It That Way': Lagu tak masuk akal yang berstatus lagenda
Lirik lagu I Want It That Way tidak membawa sebarang maksud, akui BSB. - YouTube
'Tell me why, ain't nothing but a heartache...'

Siapa yang tidak tahu bait-bait lirik itu? Tanpa dinyanyikan sekalipun, lirik lagu itu sudah tertanam dalam kotak fikiran kita.

I Want It That Way, antara lagu antarabangsa paling popular, genap usia dua dekad pada 12 April. Dalam tempoh itu, lagu dendangan kumpulan pop 90an, Backstreet Boys (BSB), itu tidak lapuk ditelan masa.

Kami kongsikan beberapa fakta menarik mengenai lagu ini yang mungkin anda tidak tahu.
Tiada maksud, lirik tidak masuk akal

Ini mungkin kerana penulis lagu dan lirik I Want It That Way, Andreas Carlsson and Max Martin, berasal dari Sweden dan ketika itu baru berjinak-jinak dengan penulisan lagu berbahasa Inggeris.

"Pihak syarikat rakaman minta Carlsson dan Martin menggubah kembali lirik agar maksudnya lebih jelas, tetapi kami berkeras mahukan versi asal.

"Versi asal tidak masuk akal dari segi lirik, tetapi mempunyai ritma yang lebih sesuai dan kena dengan konsep yang kami pertaruhkan," kata salah seorang anggota BSB, Kevin Richardson.
Inspirasi daripada Metallica

Petikan gitar pada pembukaannya dan boleh didengari sepanjang lagu ini merupakan inspirasi daripada lagu Nothing Else Matters oleh Metallica.

Paling berjaya

Merupakan single pertama daripada album ketiga BSB, Millenium, lagu ini bukan sahaja menjadi best selling single mereka tetapi juga tercalon dalam tiga kategori utama di Anugerah Grammy ke 42. Kategori-kategori tersebut ialah Lagu Terbaik, Rekod Terbaik dan Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik.

Haram di China

I Want It That Way merupakan salah satu lagu yang diharamkan di Kementerian Kebudayaan China. Namun pengharaman atau banning itu berlaku selepas 12 tahun ia diterbitkan, atas dakwaan ia tidak menjalani proses penapisan terlebih dahulu.

Tag: Backstreet Boys, I Want It That Way, single, lagu, lirik, China, Sweden


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.