42 filem berentap pada Festival Filem Malaysia

42 filem berentap pada Festival Filem Malaysia
Polis Evo 2, Paskal dan Tombiruo antara filem yang akan dipertandingkan pada Festival Filem Malaysia ke-30 pada 30 Mac ini.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 42 filem akan berentap bagi membolot anugerah dalam 24 kategori yang ditawarkan dalam Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM-30) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 30 Mac depan.

"Daripada 42 filem itu, 25 dalam bahasa Melayu, 10 bahasa Cina termasuk dua Kantonis dan tujuh bahasa Tamil," Pengarah festival Abdul Khalid Moulod memberitahu persidangan akhbar di sini hari ini.

Antara kategori yang dipertandingkan ialah Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Cerita Asal Terbaik serta tiga hadiah khas bagi Anugerah Latar Terbaik, Anugerah Pencapaian Seumur Hidup and Anugerah Filem Box Office.
Antara filem yang layak dipertandingkan ialah Police Evo 2, Tangisan Akinabalu, Paskal, Pinjamkan Hatiku, Tombiruo, One Two Jaga dan Langsuir.

FFM-30 yang bertemakan 'Inspirasi Sinemaku' akan menampilkan pelawak popular Nabil Ahmad dan penyanyi Adibah Nor sebagai hos.

Sementara itu, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Samsuni Mohd Nor berkata dalam menganjurkan FFM-30, kejayaan penting untuk Finas ialah ia melibatkan kos yang paling rendah.

"Tidak perlu mendedahkan berapa banyak yang dibelanjakan tetapi angka itu agak berpatutan, berdasarkan kemampuan Finas sendiri," katanya apabila ditanya oleh Bernama.

FFM-30 akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pada pukul 9 malam, 30 Mac.

-- Bernama