DISNEY mengumumkan pembelian aset filem dan televisyen dari studio 21st Century Fox yang dimiliki keluarga Murdoch.
Jual beli melibatkan perjanjian berbilion dolar ini disifatkan bakal mengubah industri media global dan menukar strategi keluarga Murdoch, yang dikenali sebagai pembina empayar.
Apakah yang mendorong keluarga Murdoch, yang memiliki 39 peratus kepentingan dalam studio berkenaaan, menjual pegangan mereka?
1. Perubahan industri media
Penjualan studio filem, produksi televisyan, perniagaan antarabangsa serta sukan serantau, termasuk syarikat penyiaran Sky, meninggalkan syarikat yang lebih kecil untuk fokus kepada liputan berita dan acara utama sukan.
Penjualan ini bermakna Fox kini hanya fokus kepada kandungan yang lebih berdaya tahan, bagi berdepan ancaman dari platform digital dan striming.
2. Keluarga Murdoch boleh menguasai Disney
Disney mahu perniagaan Fox membuka laluan kepada perniagaan berasaskan filem, televisyen dan sukan yang lebih besar, dengan pelaburan kepada platform digital, untuk bersaing dengan Netflix dan Amazon.
Perjanjian ini membolehkan keluarga Murdoch memperoleh 25 peratus kepentingan dalam Disney.
3. Dinamik keluarga Murdoch
Perjanjian ini menimbulkan spekulasi anak bongsu Rupert Murdoch, James, akan mengambil alih salah satu jawatan kanan di Disney, laporan menyebut, rundingan kini masih berjalan.
Langkah ini akan menangani kekangan dalam keluarga Murdoch, yang hanya tertumpu kepada Fox.
4. 'Sky is the limit'
Fox mempunyai rancangan untuk mengawal sepenuhnya 'Sky'. Menguasai 61% kepentingan menyebabkan ia bakal disiasat pihak kawal selia UK. Penjualan aset Sky kepada Disney boleh menjarakkan keluarga Murdoch daripada isu itu dan mengelak wujud pertikaian politik.,
5. Tawaran Disney
Saham Fox melonjak lebih 30 peratus sejak firma itu pertama kali umum ia mahu menjual kepentingannya.
Namun ia semakin merosot sejak beberapa tahun ini selepas firma itu gagal dalam rundingan untuk mengambil alih Time-Warner.
Tawaran Disney untuk membeli kepentingan Fox disifatkan terlalu baik untuk ditolak.
Agensi
Thu Dec 14 2017
Saham Fox melonjak lebih 30 peratus sejak firma itu pertama kali umum ia mahu menjual kepentingannya. - Foto REUTERS
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
5 sebab Fox dijual kepada Disney
Disney umum pembelian aset filem dan televisyen dari studio 21st Century Fox yang dimiliki keluarga Murdoch.
Fox bakal jual aset filem dan televisyen kepada Disney
Disney telah bersetuju dengan perjanjian AS$52.4 billion bagi membeli aset filem dan TV dari 21st Century Fox.
Australia sekat 59 laman web kandungan cetak rompak
Perintah mahkamah ini dikeluarkan sempena kempen anti-cetak rompak oleh Creative Content Australia yang diketuai pelakon Bryan Brown pada Jumaat.