Filem adaptasi novel terkenal, ‘Fifty Shades of Grey’ tidak akan ditayangkan di pawagam Malaysia kerana mengandungi elemen-elemen erotika.

Pengedar filem itu di Malaysia, United International Pictures (UIP), pada awalnya berkata filem itu akan ditayangkan pada 12 Februari ini.

Namun menurut laman web cinema.com.my, pihak UIP mengesahkan filem berkenaan tidak akan ditayangkan di negara ini.

Di Amerika Syarikat, ia mendapat klasifikasi ‘R’ dimana mereka di bawah umur 18 tahun masih boleh menonton filem berkenaan dengan ditemani orang dewasa.

Singapura pula masih menanti klasifikasi rasmi untuk filem itu.

Keputusan untuk mengharamkan filem itu di pawagam Malaysia bagaimanapun telah dijangka oleh warga media sosial:





Ada juga yang berkata bahawa mereka akan berada di luar negara ketika tayangan filem berkenaan:



Filem '50 Shades of Grey' merupakan adaptasi dari novel dengan tajuk yang sama tulisan E. L. James.

Ia menampilkan Dakota Johnson dan Jamie Dornan dan bakal ditayangkan di Amerika Syarikat pada 13 Februari.