MUNGKIN ramai yang sedia maklum, filem blokbuster ‘Avengers: Endgame’ berjaya mendapat kutipan antara yang tertinggi dalam sejarah perfileman.

Walaupun tidak dapat menandingi kutipan filem 'Avatar', namun kutipan Endgame masih dianggap tinggi berbanding filem yang lain.

Namun, persoalan yang mungkin bermain di fikiran peminat kini adakah pendapatan pelakon filem aksi ini setanding dengan pelakon 'A-list' yang lain?

Menurut laporan The Forbes, terdapat enam pelakon Avengers berada di dalam senarai pelakon pendapatan tertinggi di dunia.

Difahamkan, Chris Hemsworth mendahului kumpulan 'superhero' tersebut pada tangga ke-24 pendapatan tertinggi iaitu sebanyak AS$76,400,000 (RM314,126,240).

Senarai kemudian diikuti oleh Robert Downey Jr dengan pendapatan AS$66,000,000 (RM271,365,600).

Pelantun suara bagi watak Rocket Raccoon, Bradley Cooper pula berjaya mengumpul pendapatan AS$57,000,000 (RM234,361,200).

Scarlett Johansson atau Black Widow turut tersenarai dengan jumlah AS$56,000,000 (RM230,249,600).

Selain itu, Chris Evans pula memperoleh AS$43,500,000 (RM178,854,600) diikuti pelakon Ant Man, Paul Rudd sebanyak AS$41,000,000 (RM168,612,500).



Perlu diingatkan, jumlah pendapatan ini bukanlah bayaran yang diterima daripada filem Avengers: Endgame secara keseluruhannya.

Jumlah ini merangkumi aktiviti seni mereka yang lain sepanjang tahun lalu.