PELAKON Jay Iswazir mendedahkan dirinya pernah dipandang rendah kerana rupa parasnya.

Tidak pernah berputus asa, akhirnya Jay atau nama sebenarnya Ahmad Iswazir Ismail merangkul trofi Pelakon Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2018 baru-baru ini menerusi telefilem Aku Nazmi.

"Saya bermula dengan pelakon tambahan. Tapi ketika itu pun, orang tak pandang saya kerana wajah saya. Ada yang tak nak ambil saya berlakon kerana rupa paras saya.

"Saya tak pernah mendapat sokongan kerana wajah saya. Sampai sekarang saya rasa tak yakin kerana memikul rasa rendah diri terlalu lama, semuanya kerana wajah saya.

"Saya juga rasa malu dengan Tuhan kerana sebelum ini, saya pernah beberapa kali mengeluh apabila menghadapi pelbagai cabaran tetapi akhirnya, saya dapat menggenggam trofi ini. Alhamdulillah, Tuhan itu maha adil," katanya

Jay berjaya menewaskan Eman Manan (Kasih Seorang Ayah), Jalil Hamid (Cucu Atuk), Redza Rosli (Fatonah Azali) dan Datuk Rosyam Nor (Pendosa Ingin Ke Syurga).

Alhamdulillah .. segala puji bagi Allah... di atas kemenangan ini.. Terima kasih mak melahirkan Jay.. terima kasih Ayah .. terima kasih adik beradik.. kerana sokong kerjaya jay.. Jutaan terima kasih pada @jspictures_js terutama pada sis @sheilarusly_jspictures dan abang @jinggo_jspictures kerana beri peluang dan percaya pada jay utk realisasi keindahan cerita #akunazmi .. terima kasih banyak.. tidak lupa juga rakan lakon lain @aydajebat @dayanaroza @noralbaniah @fathishafie Abang Kamal Bakar Dan yang lain .. juga team #akunazmi... korang semua awesome