Adi Putra yakin KL Gangster 2 raih kutipan tinggi

Adi Putra yakin KL Gangster 2 raih kutipan tinggi
SINGAPURA: Walaupun filem "KL Gangster 2" tertiris di internet sebelum tayangan pawagam, Adi Putra yakin filem itu akan tetap meraih kutipan yang tinggi.

Menurutnya, peminat setia masih mahu menyaksikannya di layar perak berbanding versi tiris yang belum siap sepenuhnya.
Filem arahan Syamsul Yusof itu dipercayai dimuat naik oleh individu yang tidak bertanggungjawab pada Rabu minggu lalu.

Penerbit Skop Productions sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memberkas dalang di sebalik perbuatan itu dan bakal mengemukakan saman bernilai jutaan ringgit.

Filem itu dibintangi Aaron Aziz, Sofi Jikan, Zizan Razak dan Syamsul sendiri.

Tayangan umumnya bakal diteruskan pada 3 Oktober depan seperti perancangan asal.