awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Korea Utara kecam serangan AS ke atas Venezuela, tuntut pembebasan Maduro
Polis berjaya kesan pemilik kenderaan asing tutup nombor pendaftaran isi RON95
2 pegawai, 5 anggota polis Pahang ditahan ketika berhibur dengan wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Idham dilantik semula sebagai CEO FINAS

Astro Awani
Astro Awani
05/06/2020
15:00 MYT
Ahmad Idham dilantik semula sebagai CEO FINAS
Pelantikan tersebut berkuatkuasa selama dua tahun iaitu bermula 5 Jun 2020 sehingga 6 Jun 2022. - BERNAMA
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengumumkan pelantikan semula Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FINAS yang baharu.
Pelantikan tersebut berkuatkuasa selama dua tahun iaitu bermula 5 Jun 2020 sehingga 6 Jun 2022.
"Semoga dengan pelantikan beliau ini, FINAS akan terus menjana kecemerlangan sebagai sebuah badan yang memaju, menggalak dan memelihara kemajuan industri perfileman tanah air," kata Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid menerusi satu kenyataan media, pada Jumaat.
Beliau juga berterima kasih kepada kerajaan di atas keprihatinan terhadap pembangunan semula sektor ekonomi industri kreatif negara yang telah terjejas akibat penularan wabak COVID-19.
"FINAS menyambut baik dan berterima kasih di atas peruntukan sebanyak RM225 juta sebagai insentif rangsangan ekonomi kepada industri ini melalui Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang telah diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Beberapa program dan kemudahan kewangan untuk menjana semula industri kreatif negara akan dikawal selia oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah yang pastinya akan memberi manfaat kepada pemegang taruh industri," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Ahmad Idham Ahmad Nadzri
#filem
#FINAS
#Muhyiddin Yassin
#Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
#Perdana Menteri
#Saifuddin Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan