awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ainan Tasneem cetus 'perang' penyokong Liverpool dan MU

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
16/10/2016
06:48 MYT
Ainan Tasneem cetus 'perang' penyokong Liverpool dan MU
Ainan didakwa tidak sensitif apabila menggunakan hashtag sedemikian.Foto/Instagram Ainan Tasneem
GARA-gara satu hashtag, nama penyanyi Ainan Tasneem tiba-tiba menjadi sebutan pengguna laman sosial hari ini.
Semuanya bermula selepas Ainan memuat naik hashtag #harap18hbniliverpoolmakanmanu bersama sekeping gambar ke akaun Instagram, lewat malam semalam.
Difahamkan, Ainan yang kini berada di United Kingdom, tidak ketinggalan berkunjung ke Stamford Bridge untuk menyaksikan perlawanan antara Chelsea dan Leicester City.
Ainan yang merupakan penyokong Chelsea, tidak dapat menyembunyikan rasa teruja apabila The Blues berjaya menewaskan lawan dengan tiga gol berbalas kosong.
Namun apa yang lebih menghangatkan keadaan apabila hashtag yang digunakan adalah berkenaan perlawanan antara dua pasukan musuh tradisi, Liverpool dan Manchester United (MU).
Wuhuu congrats chelsea for winning the game! #chelseafanssince2005 #chelseafc #chelseafans #cfc #keeptheblueflagflyinghigh #ktbffh #chelseasentiasadihati #harap18hbniliverpoolmakanmanu
A photo posted by
Netizen berpendapat, Ainan mempunyai agenda tersendiri apabila menyatakan sokongan buat Liverpool, sekaligus lebih rela menyaksikan pasukan itu jauh meninggalkan Chelsea dari segi pungutan mata.
Kata netizen, ia adalah berpunca dari sentimen enggan melihat MU mendekatkan jumlah mata dengan Chelsea.
Hashtag itu secara tidak langsung mencetuskan 'perang' di laman sosial, terutama sekali membabitkan penyokong tiga pasukan itu.
Ada juga yang mengungkit bagaimana Ainan sanggup menyokong Liverpool sedangkan pasukan itu pernah menewaskan Chelsea di gelanggang sendiri.
Berdasarkan kedudukan Liga Perdana Inggeris, Liverpool dan Chelsea berkongsi 16 mata, dan berada di kedudukan keempat dan kelima.
MU pula kini berada di tangga ketujuh dengan 13 mata.
Topic Berkaitan
#Ainan Tasneem
#Chelsea
#Liverpool
#Manchester United
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan