PENYANYI yang pernah popular dengan lagu Tabah, Mazleela akhirnya menitiskan air mata buat pertama kali ketika sesi temu bual di sidang media pengumuman peserta Gegar Vaganza musim keenam (GV6) baru-baru ini.
Terkejut disenaraikan sebagai bintang yang bakal bertanding dalam rancangan hiburan popular itu, kata Mazleela itu juga antara hasrat yang pernah dipendam oleh bekas pengurusnya, Allahyarham Bahanordin Deraman suatu masa dahulu.
"Dia panggil saya Leela... Dia pernah kata pada saya, 'kalau kau lepas GV abang akan datang sokong GV setiap minggu'. Dia terlalu teruja dan gembira sebab dia tahu susah senang saya daripada tahun 1995.
"Kami seperti adik-beradik. Saya masuk SRC sebelum Siti, jadi dia tahu saya macam mana.
"Saya yakin kalau dia masih ada sekarang, dialah orang yang akan paling sibuk ke sana sini," katanya kepada Gempak.
Mazleela turut meluahkan rasa terkilan kerana tidak berkesempatan menziarahi Allahyarham ketika sedang sakit disebabkan tempat tinggalnya yang jauh.
Allahyarham yang lebih mesra disapa Abang Bard meninggal dunia pada 17 Jun 2019 ketika berusia 53 tahun akibat komplikasi kencing manis.
BACA: Dapat berita 'Abang Bard' meninggal dunia, Siti terus tinggal sahabat sedang beraya di rumah
BACA: Siti Nurhaliza sebak kenang pemergian 'Abang Bard'
BACA: Hetty Koes Endang juri tetap GV6, gantikan Datuk Khadijah Ibrahim... Ini sebabnya!
Abang Bard pernah berkhidmat sebagai pegawai perhubungan awam syarikat rakaman tempatan SRC dan membantu menguruskan kerjaya artis terkenal lain seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Tomok dan kumpulan 2 By 2.
Selain Mazleela, GV5 turut disertai Wann, Feeza, Nurfatima dan Noorshila Amin.
GV6 akan bersiaran selama lapan minggu bermula 13 Oktober secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Ia akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104), Ria HB(123) dan Astro GO setiap Ahad pukul 9 malam.
Gempak
Thu Sep 26 2019
Mazleela turut meluahkan rasa terkilan kerana tidak berkesempatan menziarahi Allahyarham ketika sedang sakit disebabkan tempat tinggalnya yang jauh.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
Seramai 38 orang terbunuh dalam hujan lebat di Kenya
Hujan lebat yang melanda Kenya menyebabkan seramai 38 orang terbunuh dan lebih 11,000 orang dipindahkan.
Peluru berpandu Rusia serang kawasan kediaman di Kharkiv
Konflik Rusia- Ukraine terus memuncak apabila peluru berpandu Russia menyerang kawasan kediaman di bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkiv pada Rabu.
Palsu dokumen: Anak menteri besar, pegawai pejabat MB antara enam direman SPRM
Anak seorang menteri besar dan pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen.
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Air mata Mazleela tumpah di sidang media GV6, ramai terkedu!
Sebaknya...
Dapat berita 'Abang Bard' meninggal dunia, Siti terus tinggal sahabat sedang beraya di rumah
Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.