awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS tetapi tinggi berbanding mata wang utama
Sah! BTS jelajah ke KL, bakal pukau 200,000 ARMY
Pemimpin seterusnya perlu berintegriti, ikhlas berkhidmat - Abang Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akhirnya! Elly Mazlein dedah wajah bakal suami di majlis malam berinai

Astro Awani
Astro Awani
17/01/2020
15:41 MYT
Akhirnya! Elly Mazlein dedah wajah bakal suami di majlis malam berinai
Majlis berinai yang diadakan dengan penuh adat tradisi Melayu itu mengambil inspirasi Cik Siti Wan Kembang sebagai tema. -Foto Instagram / @sudyrtahir
Akhirnya! Pelakon Elly Mazlein mendedahkan wajah bakal suaminya iaitu Mohamad Azlan Che Nuh di majlis malam berinai yang berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail Putra, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Jumaat malam.
Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 39, dan pasangannya yang merupakan seorang guru, 29 tahun, lengkap mengenakan busana songket berwarna biru gelap yang direka oleh pereka fesyen Jimmy Couture.
Majlis berinai yang diadakan dengan penuh adat tradisi Melayu itu mengambil inspirasi Cik Siti Wan Kembang sebagai tema.
Lebih 150 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga, sahabat handai dan media berpeluang menyaksikan malam yang penuh bersejarah buat pasangan tersebut.
Bukan itu sahaja, Elly dan bakal suami yang mesra dipanggil 'papa awan nano' itu turut dipersembahkan dengan persembahan silat dan tarian tradisional.
View this post on Instagram
Pasangan bakal raja sehari, @iamellymazlein dan Mohamad Azlan. Tak sia2 Kak Lina sorok wajah bakal suami selama ni... . “Assalamualaikum Cikgu Azlan,” kata Kak Lina
Pasangan yang disifatkan bagai pinang dibelah dua itu akan ijab kabulkan sebagai suami isteri di lokasi yang sama pada Sabtu dan akan bersanding di atas pelamin di majlis resepsi, pada hari yang sama.
Terdahulu, Elly mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya itu di Dewan Tun Hussein Onn, di lokasi yang sama pada 17 Disember tahun lalu.
Elly sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah drama tempatan, Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun bercerai pada 15 Oktober 2015.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Putri Sara Sefhia yang kini berusia empat tahun.
Topic Berkaitan
#bakal suami
#bakal suami Elly Mazlein
#Elly Mazlein
#immy Couture
#malam berinai
#Mohamad Azlan
#Mohamad Azlan Che Nuh
#papa awan nano
#Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan