Tutup

Akhirnya...The Rock tamatkan status duda!

Akhirnya...The Rock tamatkan status duda!
Dwayne yang sinonim dengan gelaran The Rock itu telah melangsungkan perkahwinannya di Hawaii. - Foto Instagram
PELAKON dan bekas ahli gusti profesional, Dwayne Johnson menamatkan status dudanya apabila mengahwini teman wanitanya, Lauren Hashian pada Ahad lalu.

Memetik laporan huffpost.com, Dwayne yang sinonim dengan gelaran The Rock itu telah melangsungkan perkahwinannya di Hawaii.
Difahamkan, pasangan ini telah lama menjalinkan hubungan cinta sebelum ini.

"Dwayne dan Lauren bertemu pada tahun 2006 ketika penggambaran sebuah filem.
"Dwayne ada berkongsi beberapa foto menarik sekitar majlis perkahwinannya itu di akaun Instagram miliknya.

"Dipercayai, Dwayne dan bekas isterinya sebelum ini, Dany Garcia masih berkawan baik sehingga kini," 
kata sumber.
 

Terdahulu, Dwayne telah mengahwini Dany pada tahun 1997, namun rumah tangga mereka menemui titik noktah pada tahun 2008. - Sumber : huffpost.com

Tag: Dwayne Johnson, The Rock, The Rock melangsungkan perkahwinan, tamat status duda, filem, Hawaii, bercinta, Fast and Furious


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.