SPEKULASI kisah pasangan pelakon sensasi Fattah Amin dan Nur Fazura semakin hangat diperkatakan.

Apatah lagi apabila pasangan itu mengumumkan bakal mengadakan sidang media khas pada petang ini (23 November 2017) di sebuah hotel di ibu kota.

Pelbagai teka-teki berlegar di media sosial dan salah satunya ucapan tahniah daripada pelakon Abby Abadi di Instagramnya baru-baru ini.

BACA: Teka-teki cinta Fattzura: Penerbangan tertangguh, sidang media dijangka lewat

Dengan memuat naik potongan artikel daripada sebuah portal yang melaporkan kisah Fattah dan Fazura yang sudah berkahwin secara rahsia, Abby Abadi meluahkan pandangan tersendiri.

"Akhirnya syaitan pun menangis.

"Walaupun belum dengar dari mulut pengantin sendiri, tapi melihat gambar-gambar mereka di Tanah Suci Mekah, kita yakin, Allah sayang mereka.

"Tumpang gembira kerana-Nya. Walaupun @fattahaminz hanya adik tiri kita di alam maya ni, @missfazura kita pun tak kenal sangat, tapi kita tahu mereka berasal dari keluarga yang baik-baik, anak yang baik, adik atau abang yang baik & artis yang sangat baik pada peminat-peminatnya.

"Dan Insya-Allah akan jadi suami-isteri yang baik-baik juga.

"Doalah yang baik untuk mereka dan kita semua. Semoga inilah jodoh terbaik untuk mereka hingga ke akhir nyawa, hingga ke syurga-Nya Insya-Allah," tulis Abby.

ALHAMDULLILLAAH wasy-syukru lillaah ♥️ Akhirnya syaitanpun menangis