awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump rancang ubah suai ‘padang golf Presiden’ walaupun belum pernah bermain di situ
Anak Kim Jong Un kunjungi pusara keluarga, cetus spekulasi pewaris kuasa Korea Utara
Tesla 'ketinggalan', BYD kini muncul Raja EV dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akim kecam penyebar video Stacy peluk Islam

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
25/08/2015
03:06 MYT
Akim kecam penyebar video Stacy peluk Islam
Stacy dilaporkan selamat memeluk Islam di Jabatan Agama Islam Johor.
Susulan berita penyanyi popular Stacy memeluk Islam, penyanyi Akim memuat naik status di laman Twitter meluahkan rasa tidak puas hati dengan sifat tidak bertanggungjawab sesetengah pihak.
Sebuah video yang tersebar semalam memaparkan Stacy sedang mengucapkan dua kalimah syahadah sambil dibantu seorang ustazah.
Akim menyifatkan penyebaran video itu sebagai satu tindakan tidak beramanah.
Privacy orang jangan di share. Jaga kehormatan. Anda merakam tanpa kebenaran. Itu sangat pasti, TANPA KEBENARAN. Sila tampil.
— Akim (@AkimAhmad) August 24, 2015
@NajmanHamdi ye benda baik, mak ayah dia dah pesan jangan rakam, tapi degil, amanah orang tu di permainkan? Apa tu contoh baik?
— Akim (@AkimAhmad) August 24, 2015
Kata Akim, biarpun ia menunjukkan perkara yang baik, pihak berkenaan sepatutnya tidak berbuat demikian apatah lagi selepas ibu bapa Stacy telah meminta agar tidak membuat rakaman.
@NajmanHamdi ye benda baik, mak ayah dia dah pesan jangan rakam, tapi degil, amanah orang tu di permainkan? Apa tu contoh baik?
— Akim (@AkimAhmad) August 24, 2015
Saya bukan marah, tapi kecewa. Kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh perakam yang tidak amanah. Sangat kecewa.
— Akim (@AkimAhmad) August 24, 2015
Menurut laporan di media sosial, Stacy memeluk agama Islam di Jabatan Agama Islam Johor. Stacy ditemani ibu bapa penyanyi Akim, selain ibunya sendiri.
Biarpun belum mendapat pengesahan daripada pihak Stacy, namun warga media sosial rata-ratanya teruja dengan berita ini. Majoriti mengucapkan kesyukuran dan berharap Stacy dapat menjalani kehidupan sebagai Muslim dengan tenang dan tabah.
Fav singer dah masuk islam. Welcome to wonderful life Stacy!
— mighaaaaaaaaaa (@amirazulkainiri) August 24, 2015
Stacy dah masuk islam??? Woww... Congrats Stacy /p>— Zuhaila (@zuhailanuar) August 24, 2015
Stacy dah masuk islam dan kita yang memang sedia islam ni sama2 lah doakan dia semoga hidup islam dia mendapat kerahmatan.
— ㅤㅤㅤ (@daimfarhan) August 24, 2015
'Ma stacy dah masuk islam ma' ' baguslah , tak lama lagi kawin la dia dgn akim . Menangis lah kau dengan maksu tepi sawah' /p>— roseliyana (@yanaaffandy) August 25, 2015
Stacy dah masuk Islam. Alhamdulillah bertambah lagi saudara seislam
— MissNurAin (@aienYIN) August 24, 2015
Pihak Stacy dijangka membuat satu sidang media hari ini di Astro Bukit Jalil pada jam 2 petang untuk memperjelaskan status agama Stacy.
Stacy, 25 tahun, merupakan penyanyi kelahiran Akademi Fantasia dan menjuarai pertandingan tersebut pada tahun 2008.
Topic Berkaitan
#Akademi Fantasia
#Stacy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan