PENGARAH Erma Fatima percaya segala tuduhan mengenai kelakuan pelik pelakon Iqram Dinzly baru-baru ini tidak seperti yang disangka.

Erma menerusi akaun Instagram (IG)nya memberitahu dia yakin Iqram tahu apa yang sedang dilakukan.

Menurut Erma, dia percaya apa yang dilakukan oleh Iqram itu hanyalah persembahan pentas untuk menguji sikap orang yang melihatnya.

Erma turut percaya Iqram masih orang sama yang dikenali dulu.

AKU TAK PERCAYA! Biar apa pun kata mereka...aku tetap tak percaya. Dimana jua kau berada dik...akak percaya kau tahu apa yang sedang kau lakukan. Setiap kali akak tengok video live kau...setiap kali itu hati akak yakin...kau sedang membuat satu persembahan di atas panggung utk kami melihat diri kami. Maki hamun..keji mengeji itulah KITA. Terima kasih dik kerana mengingatkan KAMI tentang DIRI KAMI. Akak PERCAYA..akak PERCAYA...Kau masih Ikram Dizly yg aku kenal dulu.