Pasti anda kenal ‘Gadis atau Akak Trivago’ yang sering kali muncul di kaca televisyen ini bukan?

Pengacara televisyen HLive!, Dahlia Shazwan yang selamat melahirkan bayi perempuan sulungnya di sebuah hopsital swasta pada 22 Februari lalu, akhirnya berkongsi foto bersama di laman media sosial Instagram (IG) miliknya.

Bukan itu sahaja, beliau juga turut memperkenalkan nama puterinya sebagai Freda.

“#THROWBACK to when I delivered our angel exactly a month ago. Thank you Dr @_s__e__r__i_ for bringing our baby into this world.

“Everyone, meet Freda!,” katanya menerusi kapsyen di IG miliknya.


Ternyata, bukan si ibu sahaja yang teruja untuk berkongsi gambar bersama, malah si bapa, Shafiq Ismet turut berkongsi beberapa keping gambar lagi bersama Freda.


Foto: Instagram/@shafiq_ismet

Foto: Instagram/@shafiq_ismet

Terdahulu, berita gembira itu dikongsi oleh penerbit Syarikat Global Station, Zetty Adila Ramly melalui aplikasi Insta Stories dengan kapsyen:

“Tahniah, Mummy Dahlia! Assalamualaikum baby F,” tulisnya.

Bagaimanapun, wajah anaknya tidak didedahkan dan ditutup dengan emoticon berbentuk ‘love’.

Dalam pada itu, netizen turut meluahkan rasa sukacita atas perkongsian melalui posting tersebut di ruangan komen IG Dahlia.

Dahlia atau nama sebenarnya Dahlia Shazwan Mohd Amin, 28, yang lebih dikenali menerusi iklan Trivago ini berkahwin dengan Shafiq Ismet pada 23 Julai 2016.