awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Alami tekanan jiwa, Elizabeth Tan mengaku nyaris bunuh diri

Gempak
Gempak
09/08/2017
02:00 MYT
Alami tekanan jiwa, Elizabeth Tan mengaku nyaris bunuh diri
Penyanyi Elizabeth Tan akui nyaris membunuh diri kerana mengalami tekanan jiwa beberapa bulan yang lalu.
PENYANYI Elizabeth Tan akui nyaris membunuh diri kerana mengalami tekanan jiwa beberapa bulan yang lalu.
Elizabeth atau mesra dengan panggilan Lizzy, 23, berkata, tidak dapat berfikir panjang juga menyebabkan dia seperti hilang akal.
"Ia kisah yang sangat panjang untuk saya ceritakan, tapi apa yang boleh saya beritahu, ketika itu saya mengalami tekanan dalam hidup saya.
"Saya tertekan dengan beberapa siri kehidupan yang saya alami ketika itu termasuk masalah percintaan, peribadi, keluarga dan agama.
"Saya juga terfikir untuk menamatkan hidup saya waktu itu kerana saya rasa seperti sudah tiada tujuan hidup.
"Saya hilang akal hingga tidak mengenali diri saya.
"Saya minta maaf kerana menangis kerana sedikit emosi ketika ini," katanya kepada Astro Gempak sambil mengalirkan air mata.
Lizzy ditemui selepas majlis pelancaran single terbaharunya berjudul "Darling" yang berlangsung di Warner Music Malaysia, pada Selasa.
Elizabeth atau mesra dengan panggilan Lizzy, 23, berkata, tidak dapat berfikir panjang juga menyebabkan dia seperti hilang akal.
Elizabeth atau mesra dengan panggilan Lizzy, 23, berkata, tidak dapat berfikir panjang juga menyebabkan dia seperti hilang akal.
Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana tersedar dan tidak meneruskan niatnya untuk membunuh diri.
"Mujur saya ada keluarga terutama ibu yang sentiasa memberi semangat dan sokongan serta menerima saya dengan baik, walaupun saya pernah melakukan kesalahan besar.
"Sepanjang tempoh menstabilkan emosi, ibu yang banyak membantu dan memberi nasihat serta menjaga saya selama dua minggu.
"Saya juga bertuah kerana ada rakan yang menasihati supaya saya tidak melakukan perkara yang sia-sia.
"Saya bersyukur kerana sempat berfikir secara rasional dan segera sedar," katanya lagi.
Lizzy sebelum ini mengakui hubungan cintanya dengan seorang ahli perniagaan terputus disebabkan orang ketiga.
Hubungan cinta mereka hanya dapat bertahan lebih kurang enam bulan sahaja.
Dalam perkembangan lain, Lizzy baru sahaja menamatkan penggambaran drama bersiri My Darling Inspektor Daniel yang sudah mula ditayangkan di Astro Ria (104) dan Ria HD (123) setiap hari Isnin hingga Khamis.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Topic Berkaitan
#bunuh diri
#Darling
#Elizabeth Tan
#Lizzy
#tekanan jiwa
#Warner Music Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan